Friday, November 29, 2013

Doktor lumpuh guna kerusi roda semasa bedah pesakit

YOUTUBE
RUMMEL membaca dokumen sambil duduk di atas kerusi roda.


O'FALLON, Missouri - Seorang doktor bedah, Ted Rum- mel di Amerika Syarikat yang lumpuh separuh badan telah mencipta keajaiban dengan kembali bertugas melakukan pembedahan di sebuah hospital dengan menggunakan sebuah kerusi roda khas.
Rummel yang merupakan seorang pakar bedah ortopedik, mula lumpuh dari paras pinggang pada tahun 2010 selepas dia menjalani pembedahan.
Dia menjalani pembedahan itu selepas satu ketumbuhan yang wujud pada tulang belakangnya selama 11 bulan itu pecah.
Doktor itu boleh melakukan pembedahan di lutut dan lengan semasa duduk di atas kerusi roda.
Dia juga menggunakan kerusi roda khas ketika melakukan pembedahan bahu pesakit.
Kerusi roda itu boleh ditingkatkan ketinggiannya sehingga doktor itu kelihatan seperti sedang berdiri.
Namun, Rummel pernah menganggap yang dia tiada lagi kehidupan selepas tidak lagi boleh berjalan setelah menjala- ni pembedahan.
Namun, setahun kemudian, dia membuat keputusan untuk kembali bertugas selepas pembedahan itu.
Keputusan itu dibuat disebabkan jiwanya sebagai seorang doktor bedah yang berdedikasi.
Pembedahan pertama yang dilakukannya itu diawasi oleh seorang lagi doktor bedah.
Kehadiran doktor bedah itu adalah bertujuan untuk memberi pertolongan kepada Rum- mel jika dia memerlukan bantuan ketika membuat pembedahan.
Namun, Rummel berjaya melakukan pembedahan tersebut.
"Ia merupakan pengalaman yang amat menakjubkan (melakukan pembedahan dengan menggunakan kerusi roda).
"Apabila saya mampu melakukan pembedahan itu, saya kembali medapatkan kehidupan saya semula. Ia sungguh istimewa," katanya kepada akhbar Enquirer baru-baru ini.
Rummel juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang banyak membantu dalam kehidupannya ketika dia menjadi lumpuh.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: