Sunday, December 16, 2012

Dira sibuk di belakang tabir

WALAUPUN sibuk dengan kerjaya seni dan pelajaran, Dira tetap berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga.


AWAL tahun lalu, pemilik nama Khaidhirah Abu Zahar tidak sudah-sudah dikaitkan dengan kontroversi. Hampir setiap hari ada sahaja perkara yang tidak sedap didengar diperkatakan. Dia yang popular dengan panggilan Dira walau bagaimanapun tenang menghadapi satu per satu kontroversi yang dikaitkan dengannya.
Sedar tak sedar, namanya diam seketika. Baik di media cetak mahupun media elektronik, tiada sebarang khabar berita didengar daripadanya.
"Saya bukannya mendiamkan diri dan jauh sekali merajuk tetapi saya kini sibuk melakukan kerja-kerja di belakang tabir," katanya sewaktu dihubungi Sensasi Bintang.
Baru sahaja selesai pengambaran filem Lari arahan Ahmad Idham, dia kini khabarnya baru sahaja memulakan penggambaran filem terbaharu yang berjudul Longkai arahan Hashim Rejab.
"Jumaat lalu merupakan hari pertama penggambaran saya dalam filem ini. Dalam filem tersebut saya memegang watak sebagai gadis lasak bernama Lina dan akan digandingkan bersama Erra Fazira, Faizal Hussein, Wawa Zainal dan beberapa artis lain," katanya.
Menurutnya, dia kini terpaksa menolak beberapa tawaran yang datang kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen tugasan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: