Zulkiple Kassim (kiri) berbual
bersama para pegawai selepas pertandingan Ujian Merentas Halangan dan
Kawat Peringkat Tentera Darat di Kem Batu 5, Mentakab, Temerloh, Pahang.
Walaupun negara berada dalam suasana aman, setiap Divisyen Angkatan Tentera dituntut mengadakan aktiviti kemahiran dan daya tahan dalam memastikan anggota sentiasa cekap, proaktif, cekal serta bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, setiap anggota perlu menekankan aspek kualiti, kecekapan dan bersemangat waja yang tidak boleh dikompromi demi masa depan negara.
"Walaupun negara tidak diancam sebarang musuh, mereka perlu menjalani latihan supaya sentiasa bersiap siaga dengan segala pengetahuan, kecekapan serta kemahiran.
"Ini kerana kita tidak dapat menjamin apa yang akan berlaku pada hari esok yang memerlukan setiap anggota sentiasa bersiap siaga pada setiap masa dan ketika.
PASUKAN 3 Divisyen bersorak selepas
berjaya merangkul empat hadiah utama dalam pertandingan Ujian Merentas
Halangan dan Kawat Peringkat Tentera Darat selama empat hari di Kem Batu
5, Mentakab, Temerloh, Pahang baru-baru ini.
Johan keseluruhan pertandingan dirangkul oleh pasukan 3 Divisyen dengan menjuarai empat kategori iaitu pasukan tempur, pasukan bantuan tempur, pasukan bantuan perkhidmatan dan johan formasi.
Zulkiple berkata, pertandingan yang diadakan itu dapat menanam semangat pertandingan antara unit sekali gus memberi latihan secara profesional.
''Saya merasa bangga kerana Tentera Darat (TD) terus mengadakan acara seperti ini sebagai salah satu langkah ke arah memenuhi keperluan latihan fizikal dan mental," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan menurut beliau, TD akan meningkatkan program pembelajaran dan latihan yang berorientasikan pengetahuan bagi menyediakan modal insan berilmu, kompetitif, matang, berwawasan, memiliki budaya kerja cemerlang, serta bersikap positif dan proaktif.
Tegasnya, sikap bertanggungjawab ini penting ke arah menjadikan TD suatu angkatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk mendukung aspirasi rakyat serta kedaulatan negara.
"Cabaran semasa yang dihadapi memerlukan angkatan tentera mempunyai struktur organisasi mantap dan bersepadu dalam menangani aspek operasi, latihan serta logistik," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: