|
|
16 November ini, anak sulung pasangan selebriti terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan yang diberi nama Aaradhya Bachchan akan genap berusia setahun.
Selepas hampir setahun, barulah aktres Aishwarya atau Aish sudi untuk berkongsi cerita tentang Aaradhya. Sebelum ini, dia dan suaminya mengelak untuk bercakap tentang puteri kesayangan mereka itu.
Dalam satu temu bual bersama One India, Aish memberitahu dia sangat bahagia bergelar seorang ibu.
"Abhishek telah memberi saya anugerah (Aaradhya) yang paling indah dalam hidup. Saya cukup teruja menjalani kehidupan sebagai seorang ibu," ujarnya.
Aktres tersebut turut memberitahu mereka mengalami kesukaran untuk memilih nama Aaradhya sewaktu dia dilahirkan.
Ujarnya: "Selepas empat bulan dia dilahirkan, kami masih belum mendapat nama yang baik buatnya. Namun akhirnya kami sepakat untuk memilih Aaradhya sebagai nama bayi pertama kami.
"Aaradhya bermaksud berharga dan nama seperti ini yang memang kami idamkan selama ini."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: