Mokhtar Ahmad (kanan) bersama Mahathir (dua dari kanan) dan Mahani mendengar penerangan daripada salah seorang pekerja mereka.
Namun, di negara ini trend tersebut boleh dikatakan baru bermula. Ia dilihat semakin mendapat sambutan terutamanya di kalangan golongan muda dan penggemar kereta lumba yang pasti mahu kelihatan 'macho' dengan kenderaan seperti itu.
Menyedari perkembangan dan potensi perkhidmatan penalaan kereta, Kumpulan Mutiara Motors (Mutiara Motors), syarikat pengedar kereta import milik bumiputera memulakan perniagaan itu sejak 2006.
Mutiara Motors turut memiliki anak syarikat seperti Mutiara Motors Performance Products Sdn. Bhd., Mutiara Motors Resort Sdn. Bhd., M7 Motorsports Sdn. Bhd., dan Mutiara Motorsports Sdn. Bhd.
Perniagaan itu melibatkan pelaburan lebih RM10 juta menerusi penggunaan produk jenama M7 Japan (M7), antaranya minyak pelincir, produk elektronik, penapis angin, sistem turbo dan sistem ekzos yang turut menerapkan konsep eko sistem.
Produk M7 dihasilkan 100 peratus di Jepun oleh rakan strategik syarikat berkenaan iaitu M7 Co. Ltd. (Japan), manakala pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terletak di Ibu Pejabat Mutiara Motors di Johor.
Antara kereta yang diimport dan ditala sepenuhnya dengan produk M7 di Mutiara Motors ialah Mitsubishi Evolution X, Mazda RX8, Lexus IS250, Subaru Impreza GRB/GRF, Honda Civic Type-R, Golf GTI, Mini Cooper S dan Nissan GTR.
Sistem brek berteknologi tinggi
keluaran M7 yang boleh digunakan pada kereta antaranya Nissan Fairlady
Z, Mazda RX8 dan Lexus IS250.
Menurut Pengarah Urusan Mutiara Motors, Mokhtar Ahmad, proses penalaan kereta itu mampu memberikan kepuasan kepada pemilik kenderaan tersebut, sekali gus meningkatkan prestasinya.
Sebagai contoh, kereta Nissan R35 GTR mempunyai 472.9 kuasa kuda, namun selepas proses penalaan semula ia boleh menghamburkan sehingga 600.9 kuasa kuda.
Menurutnya, harga kenderaan yang menjalani proses penalaan M7 akan melibatkan kos tambahan sehingga RM30,000 daripada harga jualan dan turut disertakan dengan sijil pengiktirafan dari Jepun.
"Justeru, pembeli tidak perlu bimbang tentang modifikasi yang dijalankan ke atas kenderaan masing-masing kerana ia sememangnya diiktiraf dan disertakan sijil daripada M7," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, semua proses penalaan semula kenderaan di Mutiara Motors dijalankan sepenuhnya oleh rakyat tempatan yang telah mendapat latihan daripada pakar dari negara Matahari Terbit itu.
Katanya, minyak pelincir M7 juga salah satu produk yang popular di Jepun serta menjadi salah satu minyak yang digunakan dalam perlumbaan kereta di peringkat antarabangsa seperti Formula Drift dan Super GT Jepun.
"Duta M7 terdiri daripada pelakon, Aaron Aziz, Zizan Razak dan pelumba drift negara, Tengku Djan Ley. M7 turut menaja pasukan Kondo Racing yang menyertai Super GT Jepun, Manabu Orido dan Masao Suenaga yang menyertai D1 Grand Prix Jepun, Daijiro Yoshihara dan Aurimas Odi Bakchis yang menyertai Formula Drift Amerika Syarikat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: