Proses pemilihan getah oleh tetamu khas bagi memberikan keselesaan kepada si pemakainya dengan cita rasa sendiri.
Itulah jenama Havaianas yang rupa-rupanya telah berada di pasaran lebih 50 tahun yang sudah tentu tidak perlu dipertikaikan lagi kualiti dan kredibilitinya.
Baru-baru ini bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-50, Havaianas telah memberikan para jemputan khasnya peluang untuk memilih selipar mengikuti cita rasa masing-masing.
Pengurus produk, Khoo Min-Jee berkata, tetamu boleh memilih dari proses tapak, kemudian getah dan akhir sekali hiasan dari batu atau logam untuk menyerikan selipar mereka.
Konsepnya bukan sekadar selipar, tapi membantu menyerlahkan gaya seseorang.
Selipar Havaianas boleh dipakai ke majlis santai selain untuk bersiar-siar ataupun menghadiri parti bertema.
Butik H for Havaianas yang terletak di tingkat empat pusat membeli-belah Pavilion, memberikan satu pengalaman baru kepada pelanggan.
Havaianas yang berasal dari Brazil sering menampilkan koleksi terbaru mengikut musim seperti Piala Dunia.
Selipar yang berasal dari Brazil itu turut mempunyai ciri keselesaan dan tidak mudah licin.
Selain mengutamakan corak atau warna, Havaianas menggunakan 100 peratus getah bermutu tinggi.
Tidak terhad kepada pengguna wanita, koleksi jenama tersebut mengetengahkan saiz dan fesyen untuk golongan lelaki dan kanak-kanak.
Terdapat juga beberapa rekaan selipar yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina.
Selain itu, bagi yang ingin tampil ekstra, sentuhan butiran batu permata oleh pereka Alagoa Nova membuatkan penampilan pemakainya bertambah glamor walaupun ringkas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: