Wednesday, September 12, 2012

Bina imej menarik

Model memperagakan pakaian rekaan Wanpa.

TAHUKAH anda, satu kajian telah diadakan di Amerika Syarikat (AS) dengan mengekori kehidupan 700 orang graduan. Selepas 10 tahun, keputusan menunjukkan graduan yang mempunyai penampilan imej lebih baik memperoleh gaji yang lebih tinggi dan lebih banyak mendapat promosi untuk kenaikan pangkat. Jelaslah betapa imej dapat mempengaruhi kehidupan. Sesiapa pun pasti ingin memiliki personaliti menarik dan penampilan meyakinkan.

PenampilanJusteru itu, Persatuan Perunding Imej Antarabangsa ( AICI) Malaysia menganjurkan ceramah pendidikan dan peragaan fesyen untuk untuk membantu wanita memperbaiki penampilan dan menjalankan perniagaan internet.

Bertempat di Restoran Zest, Bangsar South, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, AICI turut menampilkan pertunjukan fesyen kebaya Malaysia dan rekaan Wanpa.

Peserta juga berpeluang mendengar pengalaman blogger Hafiz Mustapha menjana pendapatan menerusi laman web, CuteCarry.com.

Paling menyeronokkan apabila mendapat tahu ada yang mendapat manfaat selepas mengikuti ceramahnya.

Secara keseluruhannya, bengkel seperti ini dilihat dapat meningkatkan keterampilan, pemahaman dan kesedaran, merebut peluang dan motivasi untuk meningkatkan imej diri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: