Monday, December 5, 2011

MESRA


MOHD. Yusof Mohd. Noor beramah mesra dengan sebahagian pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM di Kuala Lumpur, semalam.


PENGERUSI Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Mohd. Noor beramah mesra dengan perintis graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sempena Majlis Hi-Tea di Kampus Cawangan USIM, Pandan Indah.

Turut hadir Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda dan Dekan FPSK, Prof. Datuk Dr. Nik Mohd. Nasri Nik Ismail.

Menurut Mohd. Yusof, beliau berbangga dengan pencapaian pertama FPSK kerana berjaya melahirkan 29 graduan perubatan dengan sebaiknya.

“Ibarat pasangan suami isteri menanti detik kelahiran bayi pertama. Begitulah perasaan dan debaran yang dirasakan universiti apalagi pihak fakulti.

“Alhamdulillah, kesemua graduan pengambilan pertama ini berjaya dalam pengajian dan mendapat tempat dalam pasaran kerja. Ini membuktikan USIM berjaya melahirkan graduan dengan baik dan sempurna,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: