Wednesday, December 21, 2011

Koleksi terbaru Noella


Rantai tangan untuk pilihan peminat aksesori berasaskan permata.


TANPA perhiasan, seakan tidak kena penampilan seorang wanita. Setidak-tidaknya satu dua perhiasan seperti cincin, rantai atau gelang akan termasuk dalam aksesori yang mesti ada pada mana-mana wanita pun.

Pereka Lena Jewellery, Jaslena Ahmad juga memahami naluri setiap wanita yang inginkan aksesori yang tampak hebat, unik dan menarik apabila digayakan.

Sempena dengan majlis makan tengah hari bersama dengan Lena Jewellery baru-baru ini juga turut diperkenalkan koleksi terbarunya, Noella.

Jaslena memperkenalkan rekaan rantai leher berasaskan mutiara air tawar Noella yang juga dipadankan dengan permata lain seperti garnets, onyx, chrysocollas dan tourmaline's.

Selain itu rantai ini boleh disesuaikan dengan loket yang sering diandaikan membawa tuah dalam kehidupan misalnya gajah yang dikenali sebagai bijak, bertuah dan setia.

Pada majlis itu juga dilancarkan laman web Lena Jewellery yang boleh dilawati menerusi www.lena.com.my. atau di A-1-5 Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: