Monday, December 5, 2011

Bebas dengan sandel


Seakan-akan bentuk selipar Jepun, sandal kini hadir dalam pelbagai warna.


DAHULU mereka yang memakai sandal sering dilabel selekeh atau tidak kemas. Kini tidak lagi. Sandal menjadi pilihan utama mereka yang mementingkan kebebasan, keselesaan dan gaya.

Tanpa tumit atau kasut bertutup, wanita dan lelaki sekarang sentiasa bergerak cergas dan tampil ringkas.

Sandal juga menjadi pilihan untuk aktiviti menyeronokkan seperti bersantai, menonton wayang, bertemu buah hati, membeli-belah dan sebagainya.

Antara jenama sandal yang mencuri tumpuan ialah Sanuk dan Fitflop. Kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza iaitu gaya dan kesihatan. Sanuk memperkembangkan rekaan sandal kepada sepasang kasut ringkas dan selesa.

Masih mengekalkan koleksi sandal, Sanuk menghasilkan rekaan yang mudah disarung dan ringan. Ia menampilkan kombinasi unik antara gaya dan perlindungan kaki yang memberi keselesaan kepada tapak kaki.

Tapak yang diperbuat daripada bahan getah berkualiti dan tahan lama itu mengurangkan rasa sakit pada tapak kaki ketika berjalan.

Sandal Sanuk secara keseluruhannya memiliki motif ceria dan berwarna-warni yang diilhamkan berdasarkan prinsip 'keselesaan dan kebebasan'.

Ia memberikan kebebasan untuk memperlihatkan ekspresi diri dengan selesa dan bergaya.

Menguatkan otot

Berbeza dengan Sanuk, FitFlop direka untuk membantu menguatkan otot-otot kaki ketika berjalan.

Koleksi sandal ini semakin mendapat perhatian kerana bukan saja memenuhi tuntutan fesyen tetapi turut memenuhi aspek kesihatan dan keselesaan tapak serta otot-otot kaki.

Walaupun berasaskan kesihatan, sandal tetap menampilkan reka bentuk yang santai dan ceria. FitFlop mempunyai teknologi untuk menguatkan otot-otot kaki ketika berjalan. Sambil bersiar-siar dengan berjalan kaki, sandal ini memberi kebaikan kepada kaki dan postur tubuh tanpa disedari.

Dengan sedikit perincian manik berkilat, sandel ini tetap nampak kemas ketika dipakai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: