Monday, December 5, 2011

Nazila tubuh idaman bukan mustahil




SELEPAS menamatkan pengajian di Universiti Malaysia, gadis berusia 27 tahun ini memulakan perniagaan sendiri. Bermula dengan bisnes makanan organik untuk lintah dan ikan, Nazila kini menjual pelbagai barangan seperti makanan organik, suplemen, kecantikan dan pakaian.

"Saya berasa seronok mempunyai perniagaan sendiri dan mengambil inisiatif mempelbagaikan produk lain berdasarkan kecenderungan minat.

"Benda ini nampak mudah tetapi ia memerlukan disiplin dalam pengurusan masa. Walaupun saya berkuasa menetapkan jadual kerja mengikut keselesaan namun tidak mempunyai orang atasan untuk memantau dan memastikan kerja-kerja diselesaikan.

''Justeru, saya perlu bersabar dalam melayan kerenah dan kehendak pelanggan," ujarnya yang minat memasak dan menyanyi.

Pemenang Pencarian Duta Bizzy Body 2010/11 ini turut berkongsi bentuk badannya yang mungkin menjadi idaman setiap wanita.

Katanya, tidak mustahil setiap wanita memiliki berat badan ideal sekiranya mengamalkan diet dan rawatan badan yang betul.

"Saya menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, minum air secukupnya, senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, penggunaan produk-produk kecantikan seperti skrub badan langsing dan sebagainya," katanya yang sentiasa belajar dan berusaha menjadi insan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: