
PELABUHAN KLANG - Seramai 15 rakyat Indonesia termasuk seorang kapten nyaris lemas apabila sebuah bot membawa muatan belacan karam akibat dipukul ribut kira-kira 17 batu nautika dari barat laut Pulau Jarak, Perak Isnin lalu.
Kejadian pada pukul 11 malam itu berlaku ketika bot yang membawa bekalan belacan seberat 276,000 kilogram bernilai RM117,000 itu dalam perjalanan dari Tanjung Balai, Indonesia menuju ke Satun, Thailand.
Menceritakan semula detik cemas itu, kapten bot barter trade, Affendi Sharil (gambar), 47, berkata, kejadian tersebut berlaku sekelip mata apabila bot yang mereka naiki dipukul ombak ekoran angin kencang.
"Saya lihat air masuk dalam bot sebelum kami semua memakai jaket keselamatan.
"Dalam keadaan cemas, saya lihat ada satu lampu dari sebuah bot tunda menghampiri dan menyelamatkan kami semua," katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: