|
Pelakon Ryzal Jaafar sekarang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Maahad Al-Amin yang dibikin khas untuk tayangan di TV Alhijrah. Minggu depan penggambaran dijangka selesai dan jadual penggambarannya tamat sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Nampaknya panjang masa cuti Ryzal untuk musim hari raya kali ini. ![]() Ryzal melayan anak yatim dalam majlis di Hotel Coronade. "Minggu depan saya sudah tidak ada kerja dan boleh memenuhi undangan memeriahkan majlis bersama anak-anak yatim atau acara amal lain sepanjang bulan Ramadan ini," katanya ketika ditemui ketika meraikan anak-anak yatim dalam satu majlis di Hotel Coronade, Bukit Bintang, Kuala Lumpur Sabtu lalu. Dalam majlis itu pihak Hotel Coronade dan penaja-penaja menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari rumah anak yatim yang dipilih. Pada masa itu dia tidak boleh menunggu lama kerana sebaik acara selesai, dia harus kembali ke lokasi penggambaran drama itu di Kampung Kemensah, pinggir ibu negara. ![]() Usahakan homestay bersama keluarga. Ada homestay di kampung Sebagaimana tahun-tahun lalu, Ryzal akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya di Alor Star, Kedah. Kampungnya berdekatan dengan kampung keluarga Rozita Che Wan. Malah kerap juga dia singgah beraya di rumah pelakon itu pada hari raya. Sementara itu keluarga Ryzal baru mengusahakan homestayyang dinamakan Kekabu Homestay di kawasan kampung berdekatan rumahnya. Pada musim perayaan ini, bagi yang mengunjungi sanak saudara di kampung dan mahu menginap bersama keluarga sendiri boleh pilih untuk tinggal di homestay. Sekarang ini homestay semakin mendapat sambutan lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah apabila ada kenduri perkahwinan dan sebagainya di kampung. Bukanlah kerana orang bandar tidak mahu tinggal bersama sanak-saudara, tapi ada yang rasa lebih selesa tinggal di homestay yang berdekatan dengan rumah tempat yang dikunjungi mereka. "Seronok juga mengusahakan homestay ini. Kami namakan Kekabu Homestay sebab bantal di rumah ini semuanya menggunakan kekabu. Kami mahu memberikan suasana kampung kepada pelanggan kami," kata Ryzal lagi. Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan homestay yang diusahakan oleh Ryzal dan keluarganya boleh menghubungi talian 019-4574500 (Syahrul). |
Tuesday, August 9, 2011
Ryzal cuti panjang buat aktiviti amal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: