Thursday, August 4, 2011

Peniaga dapat kawasan baharu


KERATAN Kosmo! 2 Ogos 2011.


KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menyediakan tapak baharu kepada sekumpulan peniaga di kawasan letak kereta Bazar Malam Jalan Reko di sini tidak lama lagi.

Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahriman Mohd. Nor (gambar kecil) berkata, pihaknya kini sedang membuat bancian dan lokasi tapak perniagaan baharu itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"MPKj menjangka proses pembancian akan selesai esok (hari ini), kemudian kami akan umumkan tapak lokasi baharu tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan sekumpulan peniaga kesal dengan tindakan MPKj yang membatalkan kebenaran untuk berniaga di tempat letak kereta Bazar Malam Reko ekoran terdapat kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melintasi kawasan berkenaan.

Mereka menyifatkan langkah itu menganiaya mereka kerana larangan untuk berniaga dibuat pada saat-saat akhir iaitu pada hari mereka sepatutnya membuka gerai pada hari pertama Ramadan pada Isnin lalu.

Menurut Shahriman, MPKj terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana TNB tidak membenarkan sebarang aktiviti di kawasan itu.

"Kami akan cuba menyelesaikan masalah tersebut seberapa segera supaya peniaga-peniaga itu dapat memulakan perniagaan masing-masing tidak lama lagi," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: