![]() |
| |
MEMANG tak ada kesudahan! Kalau ada yang mengikuti perkembangan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) pasti anda akan mengetahui kemelut yang melanda orang-orang penting dalam persatuan ini.
Penarikan diri Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bukan lagi satu perkara yang mengejutkan. Hal itu sudahpun diulas oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba yang bertindak selaku Presiden PFM yang sah baru-baru ini.
Dia bercerita soal rasuah untuk memilih pemimpin, soal kredibiliti calon presiden sehinggalah hal-hal kecil yang sering diambil ringan
oleh orang persatuan yang lain selama ini.
Tidak hanya mahu mendengar reaksi sebelah pihak semata-mata, kami juga telah bersemuka dengan teraju utama Gafim yang baru untuk mendapatkan komen.
Selaku Presiden Gafim yang baru, Jurey Latiff Rosli bercerita mengenai kemelut yang melanda sambil menepis tuduhan yang dilemparkan sesetengah pihak terhadap dirinya.
Pancaindera fikir perkara ini akan selesai segera setelah semua pihak meluahkan perasaan tak puas hati mereka. Nampaknya kemelut yang melanda Gafim mahupun PFM semakin menjadi-jadi akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa individu berpengaruh ini.
Pertahankan
Selepas sidang media Gafim baru-baru ini, Setiausaha Kehormat PFM, Norman Abdul Halim telah mendedahkan kepada rancangan Gala TV, Astro Awani bukti yang mereka pertahankan selama ini.
“Saya tidak berniat nak mencari pasal dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Memang kalau boleh saya tidak mahu panjangkan isu ini. Tapi bila dibiarkan makin banyak pula cakap-cakap belakang terhadap kami.
“Bila cakap-cakap belakang tu makin menjadi-jadi, ia seolah-olah mempermainkan kredibiliti kami. Jadi perkara itu yang membuatkan saya berani mendedahkan apa bukti yang ada terhadap isu pemilihan presiden Gafim yang lalu.
“Kemuncak kepada keluarnya PFM daripada Gafim bila melibatkan tawar-menawar jawatan. Pilih orang ini, orang itu, senang nak buat bisnes dan macam-macam lagi. Adakah itu memang baik untuk berpesatuan?
“Kenapa perlu tawar menawar macam itu sekali? Saya berani kata, memang wujud janji-janji ke arah seperti rasuah. Semua bukti berbentuk SMS itu masih ada dalam simpanan kami. Jadi kenapa nak marah pada saya mahupun Shuhaimi bila dedahkan hal ini?
“Jurey tak boleh marah pada kami kerana kami telah diberi mandat oleh PFM untuk bercakap dalam soal ini,” kata Norman berkobar-kobar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: