
MUSIM perayaan dan kemalangan jalan raya bagaikan dua senario yang tidak boleh dipisahkan. Seolah-olah tidak akan sempurna sesuatu musim perayaan tanpa kemalangan jalan raya.
Antara dikaitkan dengan punca kemalangan ini ialah keletihan dan stres yang menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan serta pertimbangan mudah terganggu.
Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu memiliki Dr Backbone yang dikeluarkan oleh Million Board Sdn Bhd kerana ia merupakan produk terbaik yang dapat membantu mengurangkan tekanan stres dan sakit belakang ketika memandu.
Dr Backbone bukan sahaja menyebabkan pemanduan lebih selesa, bahkan memboleh-kan kita memandu dengan lebih selamat dan tenang ketika pulang ke kampung halaman.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hasnizar Ibrahim berkata, Dr Backbone menolong mengaktifkan sistem badan terutama aliran darah yang selalunya tersumbat pada bahagian pinggang atau tulang belakang.
“Dengan Dr Backbone, pengguna akan duduk de-ngan postur yang lebih sempurna dan memberi keselesaan ketika memandu, sekali gus menghilangkan rasa mengantuk,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, produk yang mendapat pengiktirafan paten reka bentuk industri harta intelek itu dijamin tahan sekurang-kurangnya dua tahun serta berkualiti.
“Ia mempunyai ketahanan dan jaring teknologi tinggi yang mampu menampung bebanan pengguna seberat 250 kilogram. Malah ia juga mudah dipasang pada tempat duduk kereta, kerusi biasa atau kerusi pejabat,” katanya.
Sempena Aildilfitri ini kata Hasnizar, syarikatnya mengeluarkan Dr Backbone Edisi Terhad dengan tawaran harga istimewa iaitu RM250 dalam satu kotak khas.
“Bagi Edisi Terhad ini, hanya 1,000 kotak sahaja yang dikeluarkan. Harganya lebih murah berbanding biasa kerana dalam kotak itu terdapat sepasang Dr Backbone.
“Kami turut menyediakan penghantaran ke seluruh negara dengan kos RM10 menggunakan Poslaju,” kata bekas jurutera projek itu.
Hasnizar berkata, harga produk paling murah, RM88 (Basic) dengan jaminan 3 bulan, RM99 (Ekonomic) dengan jaminan 6 bulan dan Standard berharga RM135.60 (pek biru).
Menurutnya, lebih 30,000 testimoni diperoleh daripada pengguna Dr Backbone di se-luruh Malaysia mengakui keberkesanan produk berkenaan.
Malah produk ini bukan sembarangan kerana keberkesanannya turut mendapat pengiktirafan Pakar Bedah Ortopedik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Mohd Ismail Maulut.
Beliau berkata, produk Dr Backbone kini boleh dimiliki dengan pilihan tujuh warna bingkai daripada kulit iaitu biru, hijau, kelabu, merah jambu, merah, putih dan kuning bagi memenuhi cita rasa pelanggan.
“Wang juga dikembalikan (:money back gurantee:) dalam tempoh lima hari sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan produk ini. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan membeli jenama tiruan,” katanya.
Katanya, produk penjagaan tulang belakang itu dibangunkan pada tahun 2006 dengan skala kecil sebelum Dr Backbone menjadi satu jenama yang diyakini ramai.
Hasnizar berkata, syarikatnya menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan yang berterusan bagi terus meningkatkan mutu produk berkenaan.
“Sehingga kini Dr Backbone dihasilkan menggunakan tangan bagi mengekalkan kualitinya. Malah ada seorang pengguna dari Australia menyatakan minat untuk memasarkan produk ini di negaranya,” katanya.
Menurutnya, lokasi jualan promosi Dr Backbone di Ikano Power Centre, Amcorp Mall, Central Market, Ampang Point, Tesco Ampang, Bazar Ramadan Swasta Jalan TAR (24 jam) dan Puduraya.
“Seminggu sebelum Aidilfitri kami merancang a-kan menjalankan jualan promosi di kawasan Rehat & Rawat Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan stesen Petronas Mesra terpilih seluruh Malaysia,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai Dr Backbone boleh diperoleh di :www.drbackbone.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: