Wednesday, August 10, 2011

Malaysia berpeluang bertapak di China



Pengeluar makanan dan kosmetik halal Malaysia berpeluang untuk bertapak di wilayah Gansu di China kerana ia kini sedang muncul sebagai pasaran pesat membangun bagi produk halal.

Menurut China Muslim Association, China ketika ini mempunyai kira-kira 22 juta penduduk Islam dan pasaran produk halalnya dianggarkan bernilai lebih RM6.42 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan lebih 10 peratus.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, bironya di Chengdu melaporkan terdapat peluang bagi pengeluar makanan halal Malaysia untuk bekerjasama dengan gedung membeli belah dan pasar raya pelbagai cawangan utamanya.

Kerjasama itu dalam usaha mengakses pasaran dan memenuhi permintaan penduduk Islam yang meningkat bagi produk halal.

“Malah, terdapat juga peruncit dan pengedar China bertanya tentang bantuan dalam proses persijilan halal.

“Kekurangan produk dari negara Asean juga menyebabkan produk dan perkhidmatan halal Malaysia berpotensi untuk bertapak lebih awal dalam pasaran China,” katanya.

Matrade berkata, dengan bantuan biro Matrade di Chengdu, syarikat halal Malaysia seharusnya mewujudkan publisiti mengenai produk mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: