ANGGUN...wajah yang bersih dan segar bukan saja menampilkan solekan menawan malah menambah keanggunan ketika digayakan dengan busana pilihan.
BAGI mendapatkan kulit sihat dan segar, ia harus bermula dengan disiplin penjagaan wajah yang teratur serta konsisten.
Kombinasi hebat antara kulit muda dan berseri serta solekan menawan pasti menyerlahkan kejelitaan serta gaya elegan wanita sempena kedatangan Aidilfitri nanti.
Menurut Pakar Penjagaan Kulit Lancome, Hamisah Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Mimi, penjagaan kulit harus bermula pada usia muda.
Ini bermakna wanita mesti tahu jenis kulit serta kesesuaian produk mengikut kombinasi kulit mereka.
“Ada wanita memiliki kulit berminyak, kering, kombinasi dan normal. Justeru, pemilihan produk penjagaan sesuai jenis kulit sangat penting bagi memastikan tidak timbul sebarang alahan pada wajah,” katanya.Bagi mendapatkan kulit yang sihat dan muda, Mimi menyarankan penggunaan Genifique Youth Activator dan topeng wajah Bio-Celluose dalam masa tujuh hari sekurang-kurangnya seminggu sebelum sambutan hari raya.
Ini kerana kulit yang sihat adalah asas terbaik bagi mendapatkan solekan yang segar dan menawan.
“Setiap topeng wajah mengandungi 15 mililiter serum Genifique Youth Activator dan ramuan antiradang berguna selepas anda seharian mendedahkan wajah kepada kepanasan matahari terutama pada hari raya pertama.
“Letakkan pada wajah sekurang-kurangnya 10 minit, kemudian tanggal dan lihat hasilnya. Produk ini membantu menghilangkan kepenatan dan mengembalikan kulit yang gebu dan berseri,” ujarnya.
Selepas wajah dirawat, kulit bersedia untuk menerima olesan solekan bersesuaian gaya musim luruh dengan menampilkan kehebatan Maison Lancome inspirasi wanita lewat 40-an dengan imej feminin dan elegan.
“Gaya musim luruh ini menampilkan himpunan pembayang mata serta bibir dengan hiasan rona mewah.
“Untuk mata penggunaan warna pastel memberikan kesan menyerlah dan redup kepada si pemakai manakala bibir menyerlah dengan rona merah terang memikat.
Pastinya solekan ini sesuai untuk apa juga busana yang digayakan wanita,” kata Jurusolek Antarabangsa Lancome Malaysia, Zamri Zainol.
Berkongsi beberapa petua, Zamri berkata, wanita boleh memilih untuk mengenakan solekan pekat pada sebelah malam dan menjadikannya cerah pada siang hari.
Untuk mata pastikan warna agak sedikit gelap dan bercahaya seperti coklat, biru dan ditambah rona keemasan manakala bibir, menawan dengan penampilan rona terang merah. Walaupun warnanya mewah, hasilnya kelihatan ringan dan elegan.
“Pada tahun ini solekan mewah dengan warna terang untuk bibir masih menjadi ikutan semasa. Namun, wanita perlu mengurangkan solekan pada mata supaya dapat memberi tumpuan pada bibir.
“Sapuan merah jambu pada pipi menyerlahkan lagi keanggunan. Untuk kelihatan semula jadi, sapukan krim UV Expert Bright Eyes SPF 50 PA+++ pada bibir sebelum memakai gincu. Ini juga mengelak bibir kering dan menggelupas selepas seharian di luar rumah,” katanya.
Himpunan musim luruh Lancome termasuk palet pemerah pipi, pembayang mata Le Eillades dan gincu Le French Touch Absolu dengan formula sutera dan ProXylane dalam rona merah ungu.
Maison Lancome boleh didapati pada harga RM120, pembayang mata RM140 dan gincu RM80 di semua kaunter Lancome seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: