|
| RUTH SAHANAYA |
BUAT para peminat penyanyi Ruth Sahanaya di Malaysia, wanita cantik dengan vokal memukau itu bakal tampil dengan konsert solo berjudul 25 Tahun Konsert Ruth Sahanaya.
Konsert tersebut dijadualkan pada 17 Disember ini dan bakal diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
"Penganjuran konsert ini bukan bererti saya hebat melainkan kerana Tuhan dan dibantu teman-teman yang luar biasa ujar beliau," ujar Ruth yang sudah menghasilkan 15 buah album dan akan membawakan lagu-lagu hitnya di konsert tersebut.
Ini merupakan antara siri jelajah Ruth sempena 25 tahun pembabitannya dalam industri muzik.
Bagi konsert ini, Ruth akan menyampaikan sebanyak 30 buah lagu termasuk solo dan juga medley. Semua lagu yang disampaikan nanti mempunyai makna bagi Ruth sendiri.
Konsert bersejarah ini anjurkan oleh A'caralis Kuala Lumpur Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Dino J. Rasul.
Maklumat terkini mengenai konsert tersebut boleh didapati melalui www.meportal.net.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: