Sunday, August 21, 2011

Fathia cuti berlakon

Fathia


BARU-BARU ini, pernah keluar cerita kononnya pelakon yang tengah hot dengan drama Stanza Cinta, Nur Fathia mahu bersara daripada berlakon.

Budak tu baru sahaja kenal asam garam lakonan, mana mungkin dia nak berhenti lagipun tawaran tengah meletup-letup. Fathia pernah menafikan laporan itu.

Semalam, teman baik yang berjiran komputernya dengan Diva ada bersungut. Katanya, lepas ni dia mesti kempunan sebab Fathia memang dah tak nak berlakon lagi. Eh, jangan cepat salah anggap tau, bukan nak berhenti berlakon untuk selama-lamanya tapi Fathia sudah tak ambil sebarang tawaran berlakon sepanjang bulan puasa.

Lepas puasa hingga akhir tahun juga dia tidak akan berlakon sebab semester pengajiannya di UiTM Shah Alam sudah bermula. Fathia memang jenis tak akan berlakon apa-apa drama jika penggambaran bukan dalam cuti semester. Jika berlakon pun, untuk iklan komersial sahaja, itu pun kalau tergerak hati untuk terima tawaran yang tidak mengganggu waktu kuliah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: