Thursday, August 4, 2011

Debaran Si Jelita

pix_middle
pix_topright

PEMAIN golf ternama Amerika Syarikat, Paula Creamer dan Natalie Gulbis mengesahkan penyertaan mereka dalam pada kejohanan LPGA Malaysia Sime Darby. Kejohanan yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) menawarkan hadiah keseluruhan AS$1.9 juta (RM5.6 juta).

Paula yang bergelar pemain profesional pada 2005 pada usia 18 tahun, ketika ini �
di tangga kesembilan dalam ranking golf wanita dunia (pada 25 Julai 2011) dan kedua di kalangan pemain golf wanita AS. Setakat ini, dia mengumpul sembilan kejayaan dalam kejohanan LPGA.


Paula, 25, tidak bertanding dalam kejohanan LPGA Malaysia tahun lalu selepas kecederaan ibu jari memaksanya menarik diri daripada kejohanan ini. Dia kemudiannya berehat selama lima bulan daripada sukan itu.

Rakan senegaranya, Natalie pula berharap dapat memperbaiki kejayaannya dalam kejohanan tahun lalu di mana dia berkongsi tangga ke-12.Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Berhad dan Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Wahab Maskan berkata pihaknya gembira dengan kesudian Paula dan Natalie mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan itu.

“Kami berharap ia akan mengetengahkan pertarungan di antara pemain golf wanita terbaik dunia di KLGCC dan tidak sabar menanti pe�nganjurannya, Oktober ini,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti kejohanan tahun ini, penaja kejohanan Sime Darby mengaturkan sesi lawatan lima hari untuk dua pemain golf wanita AS, untuk mengetengahkan tarikan pelancong di negara ini.

Mereka kini mengunjungi destinasi percutian di Malaysia termasuk melihat sendiri inisiatif yang dilakukan syarikat itu dalam melindungi dan mengekalkan persekitaran selain haiwan dan habitat semula jadi mereka.

Mereka melawat Pusat Perlindungan Orang Utan di Sepilok minggu ini di mana mereka menyaksikan orang utan diberi makan oleh kakitangan pusat berkenaan malah turut bergambar dengan orang utan.

Sepilok, salah satu pusat pelancongan popular di Malaysia, menjadi tumpuan kepada pemain itu sejak jelajah Malaysia bermula Isnin lalu.

“Sukar dipercayai apabila dapat mengunjungi Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok terutamanya pada waktu memberi makanan.

“Banyak yang boleh dilihat di sini. Saya tidak sabar untuk kembali ke sini untuk me�nyertai kejohanan Oktober ini,” katanya.

Selain menyaksikan gelagat orang utan, jadual lawatan Paula dan Natalie minggu ini turut membabitkan Kampung Budaya Sarawak, menaiki bot pesiaran di Sungai Melaka dan mengadakan klinik untuk pemain Program Pembangunan LPGA Malaysia Sime Darby di KLGCC.

Program Pembangunan Sime Darby 2011 diadakan Jun ini berikutan kejayaan program sulung pada 2010.

Program intensif selama 10 minggu itu bertujuan melatih dan menyediakan 16 pemain golf wanita terbaik Malaysia untuk kejohanan tempatan dan kelayakan zon dalam tempoh beberapa bulan ini.

Natalie juga kelihatannya tidak sabar untuk kembali menyertai kejohanan itu, Oktober ini.

“Kejohanan tahun lalu cukup menarik dan saya tidak sabar untuk kembali ke KLGCC akhir minggu ini untuk bermain di lapangan itu dan bercakap kepada pemain muda yang mengambil bahagian dalam program pembangunan,” katanya.

Edisi 2011 akan mempertaruhkan 62 pemain terhebat LPGA termasuk 10 pemain jemputan penganjur.

Kejohanan empat hari tanpa sebarang penyingkiran akan memastikan peminat golf tempatan dan serantau dapat melihat aksi pemain kegemaran mereka sepanjang minggu.

Sime Darby turut mengumumkan penyertaan dua pemain Malaysia, Kelly Tan and Jean Chua, yang menerima jemputan penganjur untuk kejohanan itu.

Kelly menamatkan saingannya di tempat ke-32 sebagai pemain terbaik Malaysia dalam edisi sulung kejohanan itu manakala Jean pula me�nyertai Terbuka AS 2011.

Kejohanan tahun lalu dimenangi Jimin Kang dari Korea Selatan yang mencatat tiga daripada empat birdie dalam empat lubang terakhir dan mengetepikan Juli Inkster untuk meraih gelaran itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: