|
|
BARU-BARU ini, teman Diva ada berkunjung ke satu majlis buka puasa. Katanya, dia ada tumpang bersembang dengan Bob AF2. Kebetulan pula, rasanya dah lama juga Diva tak dengar cerita pasal Bob AF2. Buat apa dia sekarang masih montel macam dulu atau ada kurus sikit, maklumlah bulan puasa.
Kata teman Diva itu, Bob macam dulu juga, comel dan montel. Cuma sekarang dia sedang sibuk mengusahakan rumah produksinya sendiri. Dari cerita Bob juga, syarikat yang diberi nama Bob Mesra Entertainment itu sudah dapat buat projek dokumentari dan tak lama nak berjinak-jinak buat drama pula.
Wah! Pandai Bob cari rezeki, show tak putus-putus, sibuk buat lagu untuk orang lain juga tau. Bukan itu sahaja, Bob sekarang sedang berkira-kira untuk menerbitkan buku pula, bukan novel tapi lebih bercorak autobiografi.
Dengarnya Bob dan menulis sejak dua bulan lalu, kisah yang ditulis mahu dirahsiakan dahulu tapi buku itu ala-ala rakaman kenangan sepanjang jalan gitu. Bagi Diva, tak salah Bob nak tulis buku kisah hidup, tapi harus ada alasan yang kuat.
Diva: Menulis setiap hari, tapi hari-hari rasa kerja menulis makin susah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: