Tuesday, August 16, 2011

Antara misai & serban lelaki Rajasthani

Serban pengantin Rabari, satu kumpulan penggembala unta.

KACANG dal, kacang tanah, kacang hijau, kacang bijan termasuk maruku semuanya dijual sama ada berasingan atau boleh dicampurkan mengikut cita rasa.

Serban petani di Pali, wilayah timur Rajasthan.

Ketekunan seorang penjual kacang mencari rezeki di tepi tasik Man Sagar yang betul-betul menghadap Jal Mahal, sebuah istana ‘terapung’ di atas air sempat dilihat penulis sewaktu kembali menaiki bas rombongan bagi meneruskan perjalanan ke New Delhi.

Serban pengantin lelaki suku Chauhan Rajput.

Peritnya perut penulis berkeroncong menahan lapar meskipun sudah bersarapan pagi. Selera semakin membuak-buak tatkala melihat pelbagai jenis dan warna kacang yang dipendam oleh semua rombongan tatkala dibawa untuk menikmati makan tengah hari.

Serban bagi komuniti perniagaan Maheshwari di wilayah Khandela di Rajasthan.

Destinasi terakhir rombongan di Jaipur adalah sebuah Restoran Surabhi yang sangat terkenal dengan resipi Dal Baati Churma, hidangan yang disediakan dengan kari dal.

Bahamar Singh menunjukkan misainya yang berukuran 2.5 meter.

Restoran warisan itu terletak di sebuah bangunan yang berusia kira-kira 300 tahun dan dahulunya adalah sebuah rumah agam di mana turut menempatkan sebuah muzium.

‘Le Musee Des Turban’ yang bermaksud Muzium Serban. Tiada siapa menyangka perkataan bahasa Perancis itu tertera di papan tanda di sebuah bangunan di Jaipur.

Lokasinya di Old Amer Road bukanlah tumpuan strategik sehingga boleh dilihat orang awam dari jalan utama yang bingit dengan kesibukan trafik tanpa henti.

Seorang wanita tempatan berpakaian sari dengan selendangnya menutupi wajahnya.

Bagaimanapun nama jalan yang lama itu nyata bersesuaian dengan persekitarannya yang tampak kuno mencetuskan keunikan dalam kelas tersendiri sehingga mampu menarik perhatian lebih 150 pengunjung terutama pelancong asing setiap hari.

Kelakian, keberanian

Penulis perlu berjalan kaki selama 10 minit melalui jalan yang tidak rata dan mempunyai beberapa lopak di antara bangunan-bangunan usang di kiri-kanan.

Menghampiri bangunan setinggi tiga tingkat itu tiba-tiba muncul seorang wanita tempatan berpakaian sari dengan selendangnya menutupi hampir seluruh wajahnya.

Penjual kacang di tasik Man Sagar.

Barangkali dia pemalu orangnya enggan dilihat oleh orang yang tidak dikenali apatah lagi penulis bersama rombongan merupakan rakyat asing di ibu negeri Rajasthan itu.

Walaupun hanya diam membisu namun sisi ramahnya ditonjolkan menerusi gaya bahasa badan mengalu-alukan kedatangan penulis dan yang lain.

Seorang lelaki berpakaian kurta dan berserban berdiri di pintu masuk Muzium Serban Surabhi. Namanya Bahamar Singh, 51, anak kelahiran Jhunjhunu di Rajasthan.

Senyuman manis Bahamar masih mampu dilihat meskipun mulutnya berselindung di sebalik jambang yang begitu lebat menutupi bahagian bawah wajahnya.

Namun jambang lebat warna putih uban, emas keperangan dan hitam arang itu sebenarnya adalah misai Bahamar yang dipintal-pintal dan diselit di celah telinganya.

Penulis tergamam seketika. Benar, sungguh panjang misainya tatkala dia menghuraikan pintalan misainya dengan ukuran 2.5 meter.

Serban yang dipakai oleh pengantin lelaki daripada puak Kalbelia.

“Saya menyimpan misai ini sejak enam tahun lalu. Membiarkannya panjang bukan untuk suka-suka tetapi menjadi tradisi keluarga bagi lelaki sejak turun-temurun.

“Ia merupakan lambang kelakian dan keberanian. Hampir semua lelaki di Rajasthan mempunyai misai malah ada yang turut menyimpan jambang,” katanya.

Sukar untuk melihat mulut Bahamar ketika dia berkata-kata kerana misainya begitu lebat sehingga membayangkan kesukaran itu ketika makan.

“Tidak sukar kerana saya sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Rakan-rakan lain yang mempunyai misai lagi panjang pun boleh makan seperti biasa,” katanya.

Antara sudut yang mempamerkan serban.

Sebahagian identiti

Bagi kaum Adam di Rajasthan atau lebih dikenali sebagai lelaki Rajasthani, serban bukan sekadar sebagai penutup kepala bagi melindungi daripada bahang matahari.

Mereka juga menyifatkan serban sebagai sebahagian daripada identiti berdasarkan warna dan bentuknya merujuk kepada kasta, agama, pekerjaan dan pangkat seseorang.

Muzium Serban Surabhi hanya bersaiz sebuah dewan kecil namun pelbagai jenis dan bentuk serban yang dipamerkan dalam peti kaca menarik perhatian penulis.

Papan tanda Muzium Serban Surabhi.

Dari serban yang digunakan untuk pengantin, pahlawan, buruh, pedagang, pemuzik sehingga ke milik maharaja yang mempunyai hiasan berangkai dengan batu permata.

Difahamkan, gaya serban lelaki Rajasthani sangat berbeza berbanding yang lain dan, dianggarkan terdapat kira-kira 1,000 jenis dan gaya serban di Rajasthan sahaja di mana variasinya dikenali dengan pelbagai nama seperti Pagari dan Safa.

Di sebalik jambang Bahamar terselindung misainya yang dipintal-pintal dan diselit di celah telinga.

Kebiasaannya Pagari berukuran panjang 25 meter dan lebar 20 sentimeter manakala ukuran Safa lebih panjang namun lebih lebar.

Bagaimana agaknya serban sekiranya digunakan oleh si penjual kacang di tepi tasik Man Sagar yang dilihat penulis sebelum ke Restoran dan Muzium Serban Surabhi?

Jika mengambil kira statusnya sebagai seorang peniaga, mungkin serbannya mempunyai corak bersilang menggunakan beberapa warna yang minimalis.

Walaupun tidak sepanjang 2.5 meter seperti Bahamar namun misainya yang beruban jelas mempamerkan ciri maskulin dan berani seorang lelaki Rajasthani.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: