Saturday, August 6, 2011

Aiskrim durian vanila klasik


NEW Zealand Natural menawarkan 25 perisa aiskrim untuk berbuka puasa.


CUACA yang panas ketika menjalani ibadah puasa membuatkan anda terbayangkan aiskrim yang sejuk dan enak.

Namun bagi mereka yang mahu menjamah sesuatu yang ringan, aiskrim pasti menjadi pilihan untuk berbuka puasa atau dijadikan hidangan pencuci mulut selepas menjamu selera.

Bagi mereka yang mahu menikmati aiskrim bersama rakan dan keluarga, New Zealand Natural menawarkan dua set istimewa Ramadan sehingga 4 September ini.

Set pertama sesuai dinikmati untuk dua orang iaitu banana split yang dihidangkan bersama dua cawan kopi pada harga RM27.90 berbanding harga biasa RM34.70.

Mereka yang datang lebih daripada tiga orang pula boleh memesan set kedua iaitu Mount Cook yang dihidangkan bersama tiga cawan kopi pada harga RM44.90 berbanding harga biasa RM55.60.

"Promosi ini ditawarkan di semua cawangan New Zealand Natural kecuali di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

"Untuk set kedua iaitu Mount Cook, pengunjung boleh memilih lima daripada 25 perasa yang ditawarkan," kata Pengarah Operasi NZ Natural Sdn. Bhd., Paul Y. N. Khong.

Lebih menarik, penggemar durian boleh menikmati aiskrim berperisa durian yang diadun bersama aiskrim vanila klasik menepati cita rasa tempatan.


PENGUNJUNG boleh memilih perisa aiskrim untuk set Mount Cook.


Tambah Paul, terdapat dua rasa terbaharu iaitu mocca almond fudge yang pastinya merangsang deria rasa anda.

Antara perasa lain yang ditawarkan ialah chocolate ecstasy, serbat mangga, boysenberry, cookies & cream dan macadamia supreme.

"Bagi mereka yang berdiet, tidak perlu bimbang kerana aiskrim New Zealand Natural mengandungi 97 peratus bebas lemak.

"Semua perasa aiskrim yang dijual adalah halal dan mendapat pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," ujarnya ketika ditemui di pusat beli-belah Sunway Piramid baru-baru ini.

Katanya, ahli New Zealand Natural berpeluang mendapat beberapa keistimewaan seperti diskaun 10 peratus, kutipan poin, hadiah hari lahir, ganjaran sebagai pembeli tertinggi, menjadi orang pertama yang merasai perasa baharu dan beberapa tawaran eksklusif.

Mereka yang mahu menjadi ahli perlu berbelanja lebih RM75 ke atas. Dalam pada itu, New Zealand Natural memberi diskaun sebanyak 30 peratus pada tarikh 30 hari bulan setiap bulan.

Cawangan New Zealand Natural boleh didapati di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara, Suria KLCC, The Curve, Centro Klang, Sunway Pyramid, The Waterfront, Desa Parkcity, Queensbay Mall dan Sunway Carnival, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: