|
|
SETIAP wanita menitik beratkan soal kecantikan kerana walau sesibuk manapun mereka tetap mencari ruang untuk membuat rawatan kecantikan.
Itulah aktiviti yang sering dilakukan oleh penyanyi Zehra Zambri, 24, kalau tidak sibuk dengan kelas atau kegiatan seni suara dan beliau boleh menghabiskan masa seharian di pusat kecantikan.
Zehra yang popular dengan lagu Semalakama, gemar memanjakan diri di Ilyanies La Casa Of Beauty, Pusat Bandar Seri Gombak, Batu Caves, Selangor, kerana pengarah pusat kecantikan itu, Rusnani A.Bakar merupakan ibu angkatnya.
"Sejak dulu lagi Zehra suka datang ke pusat kecantikan. Biasalah orang perempuan mesti jaga kecantikan kerana penjagaan itu penting.
"Dalam sebulan, sekali Zehra cuba cari masa untuk datang ke sini kerana setiap kali selepas menjalani rawatan, diri terasa segar," katanya.
Zehra yang sedang melanjutkan pengajian jarak jauh di Universiti Utara Malaysia (UUM) cawangan Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi berkata, beliau perlu membuat rawatan kecantikan kerana ia penting untuk kerjayanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: