Mengakui sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak, Tauke daripada kumpulan Jambu pernah menerangkan bahawa wanita yang ada didalam gambar yang tersebar diruangan internet itu merupakan kekasih lamanya yang berasal daripada Sabah. Mengakui pernah bercinta dengan gadis itu, Tauke juga mengakui hubungan itu hanya sekadar kawan rapat selepas dia dan gadis itu berpisah tidak lama dahulu. Terkejut sewaktu gambar-gambar itu tersebar diruangan maya, jelas Tauke dia sebenarnya dalam proses untuk menentukan hala tuju hubungannya bersama isteri yang sedang retak menanti belah sekarang ini. "Memang terkejut bila gambar-gambar ini tersebar, tapi sebenarnya saya sudah menjangka sejak dari awal lagi. "Selepas masuk Maharaja Lawak, orang semakin mengenali diri saya, dan kemungkinan untuk gambar ini tersebar sememangnya sangat besar. Tak dinafikan, impaknya juga besar kerana keluarga saya juga mengetahui perkara ini. "Hubungan saya dan isteri sememangnya sudah lama bergolak, malah sejak saya satu tahun yang lepas kami sudah tinggal berasingan. "Namun sekarang saya sedang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk hubungan kami ini, keluarga saya dan keluarganya akan berbincang, jika masih boleh diteruskan saya tidak keberatan untuk berbaik semula dengannya,"jelas Tauke. Ditanya sama ada hubungan itu retak berikutan kerana sikapnya yang dikatakan panas baran dan cepat naik tangan pada isterinya, jelas Tauke dia bukanlah seperti yang di gambarkan. "Saya orangnya biasa sahaja, bukan jenis orang yang suka marah-marah, tapi tidaklah sepanjang masa melawak. "Kehidupan saya seperti orang lain juga, tapi saya tak nafikan ada masanya dalam rumah tangga ada keadaannya kita bergaduh,"jelasnya lagi. Mendapat tempat keempat dipertandingan Maharaja Lawak yang lepas, ramai yang beranggapan Jambu kurang menyengat dan semakin kurang peminat selepas timbulnya gosip-gosip terhadap Tauke. "Ini hanya satu faktor yang kecil, pada saya, dua tiga minggu sebelum final kami berdua tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan kerana kedua-dua kami sibuk dengan penggambaran. "Kami hanya berbincang melalui telefon, jadi kami mengaku memang persembahan kami sedikit mengecewakan, namun kami sudah lakukan yang terbaik dan berada di pentas final pun sudah cukup membanggakan kami,"jelas Tauke.
|
Tuesday, June 28, 2011
Tauke dan isteri sudah setahun tinggal berasingan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: