Tuesday, June 28, 2011

Tribunal perkahwinan damai perkahwinan bermasalah

Kelihatan pasangan suami isteri yang mempunyai masalah perkahwinan ini akan mengikuti tribunal perkahwinan.

Nama: Haniza Hanim A. Rahim

Jawatan: Pengerusi Tribunal Perkahwinan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

> Tribunal perkahwinan di JPN berfungsi menyelesaikan kesulitan-kesulitan perkahwinan yang telah dirujuk oleh satu pihak atau kedua-dua pihak.

> Dalam tempoh 6 bulan, pasangan yang ingin bercerai perlu diberi peluang mendapatkan pertolongan dan nasihat daripada tribunal untuk mencapai perdamaian.

> Tribunal perkahwinan adalah berbentuk kaunseling.

> Kaunseling akan dijalankan secara berasingan atau bersama pasangan bergantung kepada keperluan dan situasi.

> Tribunal perkahwinan terdiri daripada seorang pengerusi dan 2-4 ahli panel.

> Tribunal memberi peluang kepada suami/isteri atau bercerita masalah perkahwinan, untuk mencari perdamaian.

> Jika tribunal gagal menyelesaikan kesulitan atau mendamaikan pasangan dalam tempoh 6 bulan, satu perakuan akan dikeluarkan menyatakan perkahwinan gagal didamaikan.

Haniza Hanim

> Kes-kes yang dirujuk ke tribunal perkahwinan seperti masalah kewangan, zina, gangguan pihak ketiga, gangguan mertua, suami/isteri tak bertanggungjawab, masalah kesihatan dan sebagainya.

> Tribunal perkahwinan termaktub dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

> Di JPN, Putrajaya tribunal perkahwinan diadakan setiap Khamis.

> Terdapat masalah perkahwinan yang berjaya diselesaikan tribunal namun pasangan memohon tribunal buat kali kedua selepas beberapa bulan berdamai.

> Secara purata, hanya 10 peratus kes yang dirujuk ke tribunal berjaya diselesaikan.

> Masalah dan kesulitan yang sering dihadapi tribunal ialah mendapatkan kerjasama pasangan yang memohon.

> Sehingga kini didapati golongan isteri yang banyak memohon untuk tribunal.

> Pemohon perlu membayar RM2 untuk merujuk kes kepada tribunal.

> Jika pasangan gagal didamaikan, pemohon perlu membayar RM20 dan surat perakuan akan dikeluarkan kepada pemohon dan pasangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: