Wednesday, June 29, 2011

Kolej swasta perlu bergabung


Mohamed Khaled Nordin melihat demonstrasi pesakit strok dirawat sambil diperhatikan oleh Azureen Sultan Azlan Shah di Kuching, semalam.


KUCHING 28 Jun - Kolej-kolej kecil swasta disaran bergabung supaya dapat memaksimumkan peranan dan sumbangan masing-masing kepada sistem pengajian tinggi negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penggabungan tersebut secara tidak langsung membolehkan kolej-kolej kecil bersaing dengan institusi pengajian tinggi yang besar dan terkemuka.

Justeru katanya, pihak kementerian akan mengkaji perkara tersebut dengan teliti termasuk mencari formula yang berkesan untuk menggalakkan proses penggabungan itu.

"Seperti juga bank, tidak mungkin yang kecil ini mampu bersaing. Jadi kita perlu meyakinkan kolej-kolej kecil ini (untuk bergabung) dan sekiranya ada satu atau dua berjaya (melaksanakannya), pasti akan menjadi pencetus kepada yang lain.

"Sebab itu saya cadangkan cawangan Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (Kolej Masterskill) bergabung sebagai satu universiti yang besar," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kampus Metro Kuching Kolej Masterskill di sini, hari ini.

Hadir sama Canselor Kolej Masterskill, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Masterskill Education Group Berhad (MEGB), Datuk Seri Edmund Santhara.

Mohamed Khaled berkata, sehingga Mei lalu terdapat 488 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berdaftar di seluruh negara dengan 52 daripadanya bertaraf universiti, kolej universiti serta kampus cawangan universiti luar negara.

"Dengan jumlah ini saya percaya IPTS boleh memberi sumbangan berimpak tinggi dalam pembangunan dan kemajuan negara terutama dalam aspek penyelidikan dan inovasi," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: