Wednesday, June 29, 2011

Transformasi Taman Botani Perdana


Najib (dua dari kanan) bersama Raja Nong Chik (empat dari kanan) dan Ahmad Fuad (kanan) melawat kawasan sekitar Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Taman Tasik Perdana di ibu negara yang sudah berusia 122 tahun dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dengan nama baru Taman Botani Perdana.

Najib turut mengumumkan projek transformasi taman tasik itu sebagai agenda nasional untuk memastikan taman berkenaan yang kaya dengan flora pelbagai spesies menjadi taman botani bertaraf dunia.

Taman tasik itu yang wujud sejak tahun 1888 telah selesai menjalani fasa pertama pengubahsuaiannya tahun lepas.

"Saya turut berpuas hati dengan tugas yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berjaya menyiapkan tugas baik pulih taman ini hanya dalam tempoh enam bulan selepas mendapat arahan kabinet pada Februari tahun lepas," kata Najib ketika berucap merasmikan taman itu di bahagian Laman Perdana, Taman Tasik Perdana di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: