Wednesday, June 29, 2011

Acara futsal Fiesta Bera 2011 dapat sambutan hangat


ISMAIL SABRI (tengah) menjulang piala bersama para pemain yang layak ke pusingan akhir Kejohanan Rentap Futsal Kosmo! Edisi Parlimen Bera pada Fiesta Bera edisi pertama tahun lalu.


BERA - Acara futsal Fiesta Bera 2011 dijangka mendapat sambutan hangat apabila pihak penganjur tidak henti-henti menerima panggilan daripada orang ramai yang berminat untuk menyertainya sejak semalam.

Perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Fiesta Bera, Tahzir Hussain yang tidak menang tangan untuk menjawab panggilan tersebut.

"Pihak kami banyak menerima panggilan daripada orang ramai yang berminat untuk menyertai acara futsal Fiesta Bera 2011 dan kami amat berbesar hati dengan sambutan hangat yang diberikan.

"Saya juga difahamkan, sesi pendaftaran pasukan sedang rancak dijalankan. Saya percaya sasaran kami untuk mencapai lebih 100 pasukan menyertai acara futsal Fiesta Bera 2011 akan tercapai," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Tahzir, berikutan respons positif yang diterima, orang ramai yang berminat boleh menghubungi dua lagi talian bagi memudahkan mereka mendapat keterangan lanjut iaitu 019-9556440 (Syed Idrus) dan 019-9676364 (Zul Azli) atau menghubungi sendiri Tahzir di 019-9885655.

Acara futsal Fiesta Bera 2011 kali ini menawarkan habuan lumayan iaitu RM7,000 bagi juara, kedua RM3,000 dan ketiga RM1,500.

Pertandingan tersebut juga diadakan secara terbuka kepada pasukan lelaki tanpa had umur dan pasukan dari luar Pahang turut dialu-alukan untuk menyertainya.

Di samping acara futsal, pertandingan bola jaring untuk wanita turut diadakan.

Fiesta Bera 2011 dijadual berlangsung pada 8 hingga 10 Julai di tapak ekspo Majlis Daerah Bera dan akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Ahli Parlimen Bera.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: