Wednesday, June 29, 2011

Eira, Azad jual suara

pix_middle

SEPARUH hati keliru, namun selebihnya bagai sukar mempercayai kisah dramatis popular, Eira Syazira dikatakan intim dengan Nabil Ahmad.

Ini kerana Eira dikatakan bahagia diulit cinta dengan kekasihnya juga pelakon, Azad Jazmin.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Malah, minggu lalu, baru saja pasangan secocok itu singgah di Balai Berita untuk satu sesi fotografi.

Bukan main romantis lagi kedua-duanya baik memberikan gaya terbaik untuk dirakam jurugambar mahupun ketika mereka ditemu bual.


Namun mengenali sepak terajang dunia seni dan segala warnanya, ada kalanya sesuatu yang mustahil itu mungkin boleh berubah dan hakikat juga tidak selalunya kekal berpanjangan.


Bagi tidak terus diselubu�ngi rasa ragu atau terta�nya-tanya, sudah tentu mendapat�kan penjelasan Eira adalah jalan paling baik.

Eira atau nama sebenar, Syazira Shuhaimi yang pernah membintangi beberapa drama dan filem ini bagaikan sudah mengagak teka-teki yang ingin disuarakan.

“Saya sendiri terkejut dengan cerita yang disampaikan kepada saya itu kerana jujurnya semua itu tidak benar. Mungkin ia hanya satu usikan biasa dan gosip saja. Namun saya bimbang ia akan membina satu persepsi lain pula. Bagaimanapun saya tidak sekelumit terasa atau terkilan kerana sebagai anak seni, kisah seperti ini sudah menjadi ‘makanan’ buat saya.

“Insiden berpegangan tangan antara saya dan Nabil seperti mana yang dilaporkan itu adalah satu kebetulan. Kebetulan kami berdua berlakon bersama dalam drama You Saka...Pergi Jauh-Jauh.

“Ada kemungkinan peminat atau mata sekeliling nampak kami mesra sedangkan semua itu adalah babak dalam set penggambaran dan lakonan semata-mata. Kami hanya kawan dan hubungan yang ada sekadar teman satu industri.

“Hakikatnya, saya masih bersama Azad dan alhamdulillah sudah tiga tahun kami berkongsi kisah bahagia.

“Syukur, masing-masing juga dalam lapangan yang sama, lantas kisah nakal seperti ini tidak sekali menimbulkan masalah buat Azad mahupun saya sendiri.

“Azad seorang yang memahami dan tidak henti menyokong kerjaya saya dari belakang. Insya-Allah jika ada rezeki, kami akan memikirkan untuk melang�kah ke peringkat seterusnya,” katanya.

Si kekasih tinggi lampai yang tidak henti mengusik di sebelahnya, begitu bijak menyusun bicara.

Meskipun enggan kisah peribadi dan hubungan cinta mereka berdua menenggelamkan percaturan karier, bintang berusia 35 tahun yang popular menerusi lakonan komedinya dalam filem Ngangkung, Kongsi serta Sifu dan Tongga ini akur menjawab persoalan.

Menyifatkan Eira sebagai seorang teman yang setia di sisinya, Azad faham akan situasi yang ada kalanya meletak golongan selebriti di satu simpang yang sukar melontar suara untuk menegakkan kebenaran sebenar.

“Kami berdua masih bersama dan setakat ini semuanya berjalan lancar seperti mana yang kami harapkan. Namun hubungan kami tidak sekadar pasangan kekasih sebaliknya masing-masing seakan sahabat karib dan rakan kongsi perniagaan.

“Selain kami berdua masih baru dan gigih mengukuhkan nama masing-masing, kebetulan Eira dan saya punya visi dan impian yang sama. Mana tidaknya, kami berdua sekarang sedang sibuk mempromosikan album solo masing-masing.

“Kami tidak lagi hanya bersandar pada gelaran pelakon semata-mata sebaliknya alhamdulillah ada ruang lain pula terbentang luas buat kami untuk mencuba. Kepercayaan FGM Sdn Bhd yang melihat potensi pada kami berdua untuk menjadi penyanyi, cukup kami hargai.

“Siapa sangka, saya kembali ke pentas nyanyian selepas lama meninggalkan gelanggang itu sejak tamat program Audition lebih lima tahun lalu. Eira pula tiada siapa menduga punya vokal dan bakat nyanyian yang hebat dalam senyap. Saya sendiri terkejut dengan peluang yang ada dan jika tepat percaturannya, kami berdua akan berjaya sebagai penyanyi pula.

“Perjalanan seni kami masih terlalu awal dan jauh perlu diredah. Justeru, biarlah kerjaya diutamakan dan kemudian barulah kami mencongak masa depan untuk merancang sebuah perkahwinan dan ikatan yang lebih serius,” katanya.

Pelakon yang pernah membintangi beberapa drama siri termasuk Adnan Sempit, Anak Mami Mek Ani dan Anak Mamak Menantu Mami ini turut menyem�bunyikan misinya dalam melebarkan sayap seni ke peringkat yang lebih jauh.

Dalam diam, Azad yang juga graduan jurusan pengurusan perniagaan dari Universiti Madras, India ini menyusun rangka bagi menerbitkan filem sulung sendiri melalui syarikatnya, RB Movies & Pictures pada Oktober depan.

Menjadikan penerbit terkenal lain seperti Datuk Yusuf Haslam dan David Teo sebagai inspirasi, Azad yang baru selesai penggambaran filem 3 Rasa Potato arahan Bront Paralae tidak sabar merealisasikan impiannya untuk bergelar penerbit filem.

“Filem Anak Hantu Pulau adalah satu percubaan saya dan syarikat sendiri. Sudah lama saya menyimpan hasrat ini dan akhirnya ia semakin hampir untuk direalisasikan. Filem ini bercorak aksi komedi yang akan dibintangi pelakon popular lain yang masih belum sedia diberitahu.

“Setakat ini, saya masih sibuk mencari pengarah yang sesuai dan segala proses pembikinan sedang rancak saya jalankan. Alhamdulillah, ini juga satu lagi usaha untuk saya meletak jauh diri saya dalam bidang ini.

“Sampai bila saya harus menjadi pelakon dan hanya menunggu skrip saja? Mujur peluang dan rezeki ini sampai buat saya dan mustahil untuk saya ketepikan,” katanya.

Petang ini, Eira akan melancarkan album solo barunya, Di Hati Ini.

Album yang mendapat sentuhan komposer terkenal serta nama berkaliber lain dalam dunia seni nyanyian seperti Adnan Abu Hassan, Adam Ahmad dan Habsah Hassan, turut memuatkan lima lagu.

Antaranya, Bukan Mimpi Kesiangan, Sisi Duka yang turut dijadikan lagu tema drama siri lakonannya sendiri iaitu Ustaz Amirul, Sememangnya, Nourel Ain dan Di Hati Ini.

Album yang mengangkat genre pop balada itu dilancarkan lebih awal berbanding Azad yang akan menyusul kemudian. Mengikut strategi yang berbeza, Azad pula akan tampil berperingkat dengan memasarkan single demi single.

Mendapat sentuhan penyanyi klasik terkenal, Adam Ahmad, Azad yakin single pertamanya berjudul Suara Rindu akan memperkenalkan kembali kekuatan bakat nyanyiannya.

Menurut Eira yang tidak lekang mengukir senyuman, lapangan nyanyian ini akan menjadi satu lagi cabaran baru buatnya untuk melihat sejauh mana kebolehan diri sendiri.

“Memang gusar juga apabila memikirkan soal penerimaan dan sambutan peminat. Namun inilah satu lagi cabang seni yang amat saya minati. Sebelum ini pun setiap kali saya diundang mengacarakan majlis rasmi, ada juga pihak penganjur yang inginkan saya menyanyi.

“Mungkin itu juga membakar semangat kepada saya untuk beranikan diri mencuba bidang nyanyian secara serius.

“Namun usaha dan kesung�guhan saya bukanlah sehari sebaliknya sejak awal lagi pihak FGM Sdn Bhd tampil memberikan tawaran, saya lekas mendapatkan bantuan Siti Hajar bagi memantapkan vokal dan beberapa rujukan lain agar percubaan ini tidak sia-sia. Insya-Allah saya mengharapkan agar peminat memberikan sokongan,”
katanya.

Pada 3 Julai pula, Eira menjayakan Karnival Amal Silatularrahim 1Malaysia 1Hati anjuran Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (Usahanita) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Karnival amal mengumpul dana untuk diserahkan kepada golongan kurang upaya dan anak yatim ini turut dijayakan Jamal Abdillah, Datuk DJ Dave dan Roslan Shah.



PROFIL

NAMA PENUH: Syazira Shuhaimi
TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984
UMUR: 27 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua dari enam adik-beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
DRAMA: Lara Sunti, Cinta Balqis, Ku Milikmu, Kemboja Putih, Bait Cinta, Meniti Bara dan Tangisan Bulan Madu Filem: Ngangkung, Bisikan Remaja, Sini Ada Hantu dan Aku Bukan Tomboy
TEATER: Lorong 2/90 dan Bangsawan Lela Manja


PROFIL

NAMA PENUH: Azad Jazmin John Louis Jeffri
TARIKH LAHIR: 11 Februari 1976
UMUR: 35 tahun
TEMPAT LAHIR: Seremban, Negeri Sembilan
KELUARGA: Anak sulung dari empat adik-beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Madras, India
DRAMA: Adnan Sempit, Anak Mami Mek Ani, Anak Mamak Menantu Mami, Cinta Balqis, Laila Majnun, Edisi Khas, www.cikgushida.com dan Kopi O Kopi Susu
FILEM: Bohsia 2, Ngangkung, Kongsi, Sifu dan Tongga, 3 Rasa Potato, Nana Tanjung 2, S.A.M, Khuralap dan Anak Hantu Pulau

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: