Tuesday, June 28, 2011

Mengimbas kegemilangan Samarra


Masjid Besar Samarra, Iraq.


BAGHDAD pernah dijadikan oleh kerajaan Abbasiyah sebagai pusat pemerintahan. Kota itu bernama Samarra yang berasal daripada kata Surur Man Ra'a, seperti yang tertulis pada matawang Abbasiyah.

Samarra didirikan di atas runtuhan kota bekas kekuasaan Byzantium yang hancur kerana peperangan. Di bawah kekuasaan Islam, Samarra dibina kembali oleh khalifah pertama Abbasiyah, Abu Abbas al-Saffah, dan usaha itu diteruskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.

Namun pembangunan besar-besaran dilakukan oleh Khalifah al-Mu'tasim pada 221 H/ 836 M.

Samarra kemudian menjadi pusat pemerintahan ketujuh khalifah Abbasiyah dan kota kebanggaan dengan istananya yang indah. Namun setelah para khalifah kembali ke ibu kota lama, Baghdad, Samarra mulai jatuh.

Disebut Sa' Man' Ra'a , keindahannya, Samarra diberi nama Surur Man Ra'a atau Surra Man Ra', (menyenangkan orang melihatnya). Namun setelah ditinggalkan dan tidak lagi menjadi ibu kota Abbasiyah, kota itu mengalami kejatuhan sehingga diberi gelaran Sa' Man Ra'a, dibaca Sa'marra' (tidak menyenangkan orang yang melihatnya). Sehingga sekarang nama Samarra itulah yang dikenal orang.

Pemindahan ibu kota Abbasiyah dari Baghdad ke Samarra berpunca daripada perselisihan antara penduduk Baghdad dengan warga Turki yang dibawa masuk oleh Khalifah al- Mu'tasim, seorang keturunan Turki sebelah ibunya.

Untuk mengelakkan perselisihan itu, Khalifah al- Mu'tasim akhirnya memindahkan pusat pemerintahan ke Samarra dan membangunkan prasarana yang lengkap di sana. Setelah al- Mu'tasim meninggal dunia, Samarra tetap dijadikan ibu kota oleh enam khalifah berikutnya. Bahkan, Khalifah al-Mu'tawakkil dan al-Muntasir mengindahkan lagi Samarra dengan membina taman tasik buatan dan padang.

Matawang peninggalan Khalifah al-Muu'tasim dan Khalifah al-Mutawakkil menunjukkan ketinggian peradaban Kerajaan Abbasiyah.

Samarra berada kira-kira 100km di sebelah utara kota Baghdad, terletak di tepi timur Sungai Tigris, di antara Baghdad denganTikrit.

Pada 889 M, ibu kota Abbasiyah kembali ke Baghdad. Keagungan kota Samarra mulai pudar sejak abad ke-10. Kini kemegahan kota yang sering disebut oleh para penjelajah Islam zaman silam sudah tidakkelihatan lagi. Tidak ada bangunan yang berdiri teguh kecuali Masjid Besar Samarra. Namun kemasyhuran Samarra menarik minat ahli kajipurba untuk mengkajinya.

Masjid Besar Samarra yang dibina olehKhalifah al-Mutawakkil memiliki ciri khas senibina Timur Tengah. Ketika semua bangunan lain di Samarra telah runtuh, masjid ini tetap berdiri kukuh. Dalam gambar kelihatan Menara Malwiya yang mempunyai bentuk berpilin, sebahagian daripada Masjid Besar Samarra.

Setelah dikuasai Islam, kota Samarra semakin indah dengan terbinanya istana oleh tujuh khalifah Abbasiyah. Para khalifah tersebut seakan-akan berlumba-lumba membina istana yang indah dan mengagumkan. Khalifah al- Mu'tasim membina istana al-Jawasaq dan Khalifah al-Wasiq membina istana al-Haruni. Khalifah al-Mutawakkil sempat membina 24 istana. Antaranya Balkawari, al-Arus, al-Mukhtardan al-Wahid. Sementara al-Mu'tamid, khalifah terakhir yang memerintah di Samarra, membina istana al-Ma'syuq.

Daripada hasil penyelidikan ahli kaji purba didapati bahawa seni bina Islam bermutu tinggi pernah berkembang di Samarra. Pelbagai unsur dan gaya seni bangunan berpadu dengan perancangan kota Samarra. Contohnya ialah gerbang utamakota yang dinamai Abu Dulaf. Gaya senibina gerbang ini berbentuk melengkung, tidak membulat seperti yang biasa (gaya Gothik) tetapi meruncing dan tertumpu pada satu titik. Gaya senibina ini merupakan salah satu ciri khas dalam Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: