Tuesday, June 28, 2011

Lauren Conrad berpisah dengan Kyle Howard


Lauren Conrad


LOS ANGELES 27 Jun – Aktres Lauren Conrad dan bekas bintang Hills, Kyle Howard dilaporkan telah berpisah setelah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Namun, punca pasangan itu berpisah tidak didedahkan kepada umum.

Lauren kini sibuk melakukan aktiviti yang melibatkan alam semula jadi bagi mengelakkannya memikirkan soal perpisahan itu.

“Dua hari berturut-turut saya hampir terpijak ular ketika mendaki,” dia menulis dalam laman Twitter.

Walaupun sibuk beraksi di hadapan kamera, Lauren, 25, berjaya mengekalkan hubungannya dengan jejaka berusia 33 tahun itu tanpa disedari umum.

“Ketika saya bertemu dengan Kyle, saya dapat membezakan kehidupan di televisyen dan kehidupan sebenar,” katanya pada awal tahun ini.

Baru-baru ini, Lauren mendedahkan yang dia dan Kyle tidak pernah menyambut Hari Kekasih dan mengakui dirinya tidak romantik.

“Bagi saya, ia hanyalah perkara kecil yang dilakukan oleh orang lain. Saya bukan seorang yang romantik.

“Tidak semestinya kita meraikan orang tersayang pada hari-hari khas. Ia mungkin hari Selasa. Ia adalah perkara setiap hari,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: