Sebuah syarikat bumiputera, Sukimi Lube Sdn Bhd, menaja pasukan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia, Yamaha CKJ Sukimi Racing kini giat menyusun strategi menambah kegia-tan promosi untuk mengukuhkan imej dan memperkenalkan jenama minyak pelincirnya, Sukimi.
Sukimi Lube turut terlibat menaja Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (EIMA) Ketiga di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak dari 1 hingga 2 Julai ini, sudah membuktikan penglibatannya dalam Pameran Inovasi Industri Kecil dan Sederhana (Smidex) 2011, awal bulan ini.
Selain itu, antara faktor meyakinkan syarikat berkenaan untuk me�ngo�rak langkah dalam promosi dan penjenamaannya pada masa hada-pan adalah menerusi sambutan pengunjung dan peningkatan penyertaan dari kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara menerusi pameran kali ke-14 itu.
Selain itu, sepanjang pameran ramai ejen jualan dan pengedar dalam dan luar negara menunjukkan minat untuk bergabung tenaga dan meyakini kemampuan Sukimi Lube dalam menghasilkan produk, teknologi dan perkhidmatan untuk pasaran berkaitan.
Sukimi juga adalah syarikat pengeluar minyak pelincir bumiputera yang menyertai Smidex 2011.
Syarikat itu tidak ketinggalan memaparkan motosikal pasukan tajaannya, Yamaha CKJ Sukimi Racing yang kini beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: