|
|
BEG tangan merupakan salah satu aksesori yang diperlukan bagi seorang wanita. Seperti pakaian, kasut dan perhiasan lain, beg tangan umpama teman rapat yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
Bukan itu sahaja malah kita dapat melihat hari ini seorang wanita pastinya akan memiliki lebih daripada satu beg tangan.
Koleksi yang dihimpun dilihat mampu memadankan pakaian dengan beg tangan dan sudah pasti ia amat bersesuaian dengan mereka yang gemar berfesyen.
Seiring dengan cita rasa wanita yang semakin bijak membuat pilihan, kini pelbagai jenis beg tangan direka bagi memberi kepuasan si pemakai.
Terkini, jenama yang mampu dimiliki Bonia, memberi ruang kepada wanita untuk memiliki barangan berkualiti dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Menurut Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Bonia, Geoffroy de Drouas, himpunan kali ini bukan sekadar menampilkan koleksi-koleksi yang pastinya memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya malah ia merupakan koleksi antik yang pernah dikeluarkan seawal kemunculan jenama tersebut di pasaran.
"Sejajar dengan 'wajah' baru butik Bonia di KLCC, kami turut menampilkan koleksi-koleksi keluaran asal Bonia yang pastinya memberi keterujaan kepada peminat-peminat jenama ini.
"Yang pasti koleksi ini merupakan koleksi yang antik dan sudah pasti ia dihasilkan daripada kulit yang bermutu dari Itali.
"Dalam usaha memberi tarikan kepada pengunjung, butik Bonia di KLCC ini turut diubah suai selaras dengan koleksi yang dipamerkan," ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran butik tersebut di KLCC, baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, selain koleksi antik yang dijual, Bonia turut mengeluarkan himpunan edisi terkini iaitu beg tangan eco Brianna.
Turut dihasilkan daripada kulit-kulit yang bermutu tinggi, warna-warna yang ditampilkan pastinya memenuhi cita rasa anda.
Untuk himpunan ini, kulit yang dijadikan beg tangan telah dicelup dengan pelbagai warna di mana ia adalah usaha memberikan pelbagai pilihan kepada pengguna.
Peredaran masa juga dilihat melahirkan ilham menghasilkan pelbagai jenis beg tangan dengan kreatif.
Revolusi beg tangan turut menyaksikan jahitan beg tangan yang semakin moden.
Untuk itu, rangkaian baru Bonia ini boleh digayakan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira tua atau muda.
Koleksi yang ringkas dengan ciri-ciri rekaan yang kemas pada setiap himpunan ini sesuai digayakan untuk pemakaian kasual, ketika bekerja mahupun pada majlis-majlis formal.
Sungguhpun Bonia merupakan satu jenama tempatan, namun rekaan produknya bercirikan gaya Eropah, khususnya Itali, yang sememangnya terkenal dengan fesyen dan bersesuaian dengan cita rasa penggemar fesyen tempatan serta gaya hidup mereka.
Sebagai sebuah syarikat peruncitan fesyen, Bonia sentiasa menawarkan pakaian, beg tangan dan aksesori berkualiti tinggi dengan rekaan terkini pada harga berpatutan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana ke atas.
Bagaimanapun untuk koleksi kali ini, ia hanya boleh didapati di butik KLCC.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: