Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) berhasrat membuka Sekinchan Ikan Segar menjelang awal Julai ini dengan sasaran permulaan 10 cawangan sekitar Lembah Klang.
Pengasas dan pemiliknya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, idea membuka kedai itu tercetus ekoran berlakunya masalah kekurangan beka-lan ikan di pasaran di mana jualan di RSIB terjejas dan mengalami sedikit kerugian.
Menurutnya, berikutan masalah berkenaan RSIB mendapatkan permit daripada kerajaan untuk mengimport ikan dari luar negara bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi di pasaran.
“Kini, bekalan ikan kami 100 peratus diimport dari Indonesia dan Thailand. Dengan bekalan itu, kami akan menjual ikan dengan harga lebih murah dari pasaran luar negara dan menawarkan ikan lebih segar.
“Sebagai permulaan, kami akan membuka gerai menjual ikan di empat cawangan RSIB; Centrum Setiawangsa, Bandar Mahkota Cheras, Gombak dan Kajang,” katanya pada pelancaran cawangan baru RSIB di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Jamal berkata, RSIB memperuntukkan RM2 juta untuk membuka 10 cawangan Sekinchan Ikan Segar dengan jangkaan bekalan ikan 30 hingga 50 tan sehari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: