Tuesday, June 28, 2011

Perang Fasha dan Iqram Meletus Lagi!!

Wahh..penangan Dewa Cinta nampak semakin membara-bara yer.. belum pun habis penggambaran, hero dan heroinnya tidak habis-habis bergaduh.

Mangga Muda fikirkan kedua-dua mereka sudah berbaik, iyalah walaupun sebelum ini Fasha Sandha meluahkan rasa tak puas hatinya pada Iqram yang datang lambat dilokasi dan tidak meminta maaf padanya beberapa minggu yang lepas, tapi kedua-dua mereka dikhabarkan sudah berbaik semula sehari selepas itu.

Malah hubungan mereka nampak akrab sewaktu berada di majlis pelancaran drama Dewa Cinta yang diadakan di Restoran Bora Ombak yang lalu.

Kata Iqram, apa yang berlaku sebelum ini hanya salah faham, dia tidak dapat datang awal pada hari kejadian kerana terlibat dengan kemalangan, selepas meminta maaf, kata Iqram, hubungan dia dan Fasha kembali baik, malah mereka sudah boleh bergurau dan makan bersama-sama.

Kata Fasha pula, Iqram sudah meminta maaf sehari selepas dia kejadian itu, dan katanya lagi, dia menulis status di laman twitter dan facebook sekadar untuk menegur pelakon-pelakon baru supaya menghormati masa dan orang lain.

Namun, ini kata-kata mereka pada majlis itu! tapi malam tadi, Fasha sekali lagi mengamuk di lama twitter dan Facebooknya. Mengecam Iqram yang menurutnya sengaja mengungkit semula perkara itu di sebuah akhbar tempatan dengan tujuan memburuk-burukannya dan Fasha juga menggelarkan Iqram sebagai seorang Diva sewaktu dilokasi penggambaran.

Iqram dalam sebuah akhbar tempatan semalam juga mendakwa Fasha Sandha tidak menyukai dia sebagai hero dan mahukan Aaron Aziz, Fasha juga tidak bersikap perofesional kerana dikatakan meninggalkan dirinya ketika dilokasi.

Seperti biasa, kata-kata Iqram itu telah menimbulkan serangan bertubi-tubi Fasha terhadapnya dilaman sosial miliknya, dan ia kelihatan satu peperangan sudah bermula semula.

Apa-apapun, Mangga Muda pasti, ada penyelesaian disebalik peperangan dua artis ini. Tidak perlu bergaduh terlalu lama kerana kedua-dua mereka masih lagi bekerjasama dalam penggambaran drama Dewa Cinta, takut nanti orang lain pula yang susah kerana terpaksa melayan kerenah mereka yang tidak bertegur sapa.

Lagipun dunia hiburan ini kecil sahaja, tak perlu gaduh-gaduh kerana pusing-pusing pun kamu akan berjumpa semula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: