Sunday, June 12, 2011

Watak hero kegilaan remaja


WATAK Cat Woman menjadi pilihan wanita.


WATAK-WATAK seperti Superman, Green Lantern, Batman, Wonder Woman , Hawk Girl dan The Joker sememangnya digilai ramai.

Inspirasi watak hero ini menjadi trend fesyen yang semakin popular.

Watak-watak mereka 'dijelmakan' hidup menerusi cerita-cerita animasi dan 'live-action' melalui buku-buku komik, wayang gambar, siri televisyen dan sebagainya yang memikat peminat.

Watak-watak ini umpama ikon kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Tidak kurang juga mereka yang dewasa.

Sehinggakan ada di kalangan peminat watak-watak ini tidak melepaskan peluang untuk mengumpul koleksi barangan ikon kegemaran mereka.

Bagi para penggemar watak-watak berkenaan yang dipanggil Detective Comics (DC) Superhero, ini mungkin berita yang menggembirakan mereka.

Pelbagai koleksi barangan ikon yang diterbitkan di bawah lesen Warner Bros. Consumer Products itu, kini berada di negara ini. Berkonsep butik stor atau muzium fantasi, dimiliki oleh JT Network Sdn. Bhd., Pengarah Kreatif JT Network Sdn. Bhd., Irwan Sukarman berkata, stor berkonsep butik ini disasarkan untuk para remaja yang berusia di antara 18 hingga 32 tahun.

Pelbagai produk boleh didapati di sini antara ialah tali pinggang, pelbagai aksesori, baju-T, denim, jaket, kasut, beg, topi, keychains, wrist band dan banyak lagi.

"Watak-watak superhero mempunyai pengaruh dan peminat mereka yang tersendiri. Ada yang sanggup mengeluarkan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk memiliki koleksi barangan ikon-ikon yang mereka minati. Justeru fesyen - fesyen superhero memberi remaja imej baru dan trendy," katanya.

Kreatif

Fesyen - fesyen remaja berteraskan imej super hero ini dilihat sangat kreatif dan berpadanan dengan perwatakan mereka.

Tambahan pula produk yang dikeluarkan adalah original dan yang bertanda edisi terhad adalah didatangkan khas dari Amerika Syarikat (AS).

Dahulu ramai peminat yang sukar untuk mendapatkan produk barangan superhero mereka kerana barangan ini perlu diimport.

Memandangkan produk ini sudah berada di Malaysia, para peminatnya boleh mendapatkan barangan mereka pada harga yang lebih berpatutan.

"Batman dan Superman antara watak hero yang paling popular. DC Comics sudah dikenali sejak tahun 40-an lagi dan berusia 75 tahun. Kebanyakan pakaian berkonsepkan kasual," ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baru DC Comics Super Heroes, Green Lantern baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: