Monday, June 13, 2011

Wajah bebas minyak sepanjang hari


Atilia nampak anggun dirias jurusolek Lancome, Mell.


SERAMAI 76 wanita Malaysia telah mencuba kuasa pencerah yang tahan lama melalui produk ajaib terbaharu keluaran Lancome iaitu Maqui Miracle Foundation dan Maqui Miracle Compact.

Pengurus Pemasaran Lancome di Malaysia, Kelly Tan menjelaskan bahawa wanita yang gemar bersolek memahami keperluan menggunakan bedak asas yang bukan sekadar memberi liputan yang sempurna atau penyediaan wajah untuk warna-warna solekan.

“Kini mereka boleh memiliki ciri-ciri yang dikehendaki dalam bedak asas cecair Lancome Maqui Miracle, yang ideal menjadikan mekap kelihatan lebih cantik selain mencerahkan dan melindungi kulit,” katanya.

Katanya, Maqui Miracle bertindak dengan tiga cara untuk memberikan kesan pencerahan yang tahan selama 12 jam. Pertama, bedak asas ini menggunakan teknologi Aura-Bright Lancome yang menyediakan pigmen generasi baharu bagi menyerlahkan cahaya dalaman semula jadi kulit.

“Berdasarkan penyelidikan makmal Lancome sekian lama, apabila cahaya sampai ke wajah, lebih kurang 5 peratus daripada cahaya ini dipantulkan semula dan 95 peratus diserap ke dalam kulit untuk berinteraksi dengan epidermis dan dermis.

“Daripada jumlah ini, 55 peratus diserap dan baki 40 peratus dipancarkan semula ke permukaan wajah sebagai hasil pantulan dalaman kulit,” katanya.

Kedua, Maqui Miracle turut mengandungi ramuan kompleks khas untuk menghalang peluh dan kelembapan agar wajah kelihatan segar dan berseri sehingga 12 jam.

“Seterusnya, Maqui Miracle turut mengandungi NeuroWhite Complex yang meningkatkan kecerahan kulit setiap hari dan perlindungan UV SPF 26 PA++ untuk membantu menghalang pembentukan bintik-bintik perang,” jelasnya.

Menyerap minyak


MAQUI MIRACLE mengandungi NeuroWhite Complex yang meningkatkan kecerahan kulit dan perlindungan UV SPF 26 PA++ untuk membantu menghalang pembentukan bintik-bintik perang.


Sementara itu, jurusolek antarabangsa Lancome, Zamri Zainol semasa menjalankan eksperimen ke atas bedak kompak Maqui Miracle membuktikan bahawa bedak kompak Maqui Miracle dapat menyerap minyak dengan berkesan berbanding jenama X.

Dia memulakan eksperimen dengan menoreh lapisan bedak kompak di dalam bekas khas sebelum minyak dititiskan ke dalam kedua-dua bekas yang mengandungi bedak kompak Maqui Miracle dan bedak jenama X.

Hasil eksperimen menunjukkan, bedak kompak Maqui Miracle menyerap minyak yang dititiskan tanpa meninggalkan kesan berminyak apabila gumpalan serbuk bedak kompak itu digosok pada tangan.

Dalam pada itu, dua orang pengikut Facebook Lancome yang telah mencuba kedua-dua produk ajaib Maqui Miracle itu memberitahu mereka kagum dengan hasil yang diperoleh selepas memakai bedak asas Maqui Miracle.

Camie Lam memberitahu: “Ia memberi liputan yang mengimbangi tona kulit dan menjadikan wajah lebih cerah dan berseri-seri sepanjang hari,” ujarnya.

Sementara itu, Fatin Feisal, yang terus jatuh cinta dengan Maqui Miracle selepas menggunakannya, berkata: “Liputan dan tempoh berkesan yang lama menjadikan wajah saya kelihatan sihat dan berseri,” katanya.

Dua selebriti jelita turut mencuba kuasa pencerah Maqui Miracle iaitu penyanyi, Atilia Haron dan pelakon, Joanne Yew, pada majlis pelancaran rasmi produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bedak asas cecair Maqui Miracle yang boleh didapatkan dalam enam warna dirumus khas untuk menyerlahkan kecantikan kulit wanita Asia pada harga RM130 sebotol.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: