UNTUK musim luruh dan sejuk tahun ini, elemen gaya pengembaraan vintaj dengan pengaruh retro alpine membawa jenama Camel Active ke sebuah pengembaraan merentasi kawasan pedalaman dan urban Rusia.
Kain bulu biri-biri dan kapas digabungkan dengan fabrik moden bagi membolehkan badan sentiasa hangat dan terlindung daripada kesejukan cuaca dan angin. Sementara itu, kemasan terperinci dan beg pakaian lama melengkapkan gaya rupa vintaj yang ingin ditampilkan.
Bersesuaian dengan fungsinya, warna-warna yang digunakan adalah mengambil konsep asap, kotor, berfros dan berdebu. Warna berfros seperti kelabu dan hijau dipadankan dengan warna petrol dan plum.
Selain itu, warna berkarat, ochre, perang serta khaki dapat dilihat menerusi penonjolan warna labu dan safron, manakala warna biru pekerja dan hijau tentera digabungkan dengan warna merah Rusia.
Jaket ala tenteranya dilengkapi pelindung kepala dan bulu binatang tiruan, manakala jaket lengan pendek dan jaket kulit anak biri-biri memberi penampilan maskulin kepada pemakainya.
Selain jaket, rangkaian blazer telah diberi penampilan baharu, iaitu perincian tenunan dan corak Farisile dan Norwegian yang memberikan mood musim sejuk kepada koleksi tersebut di samping mewakili tema pengembaraan alpine.
Seterusnya, henleys, polos dan kemeja-T yang asas dilengkapi lapisan pelindung dengan gaya keseluruhan yang diinspirasikan dari pengembaraan vintaj. Rekaannya turut mencipta penampilan tubuh yang ramping.
Baju bercorak kotak dan poket yang banyak dengan pelapik bahu dan solusi poket adalah satu kemestian, manakala bahagian dalaman yang dilapisi baldu dan oxford memberikan karakter yang unik kepada koleksi musim luruh dan sejuk kali ini.
Kesemua rekaan dan corak kecil yang digunakan, elemen-elemen seperti kemasan, aksesori dan perincian menjamin gaya Camel Active yang asli serta kasual. Baju denim yang dihasilkan pula memberikan satu pembaharuan kepada tema kasual dan warna biasa yang digunakan.
Dalam pada itu, rangkaian chino tampil kasual dengan gaya poket baharu dan lipatan kaki yang pelbagai. Bahan daripada garbadine dan kanvas yang kompak digunakan termasuk struktur herringbone, efek korduroi dan houndstooh.
Seluar kargo yang kurus dengan poket yang rata digabungkan dengan elemen chino seperti poket piping berkembar memberikan gaya lasak, manakala denim pula hadir dalam warna biru gelap dan biru gelap tinted.
Dengan koleksi musim luruh dan sejuk 2011 dan 2012 bertemakan sejarah hidup ini, Camel Active membuktikan kombinasi gaya yang dikurangkan dan bahan yang inovatif dan klasik juga boleh kelihatan hidup.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: