Sunday, June 19, 2011

U2 tetap unggul


Anggota kumpulan U2 (dari kiri) Larry Mullen, Jr., Adam Clayton, Bono dan The Edge bersama anugerah yang diterima di Billboard Music Awards di Las Vegas, 22 Mei lalu. - REUTERS


NEW YORK 18 Jun – Kumpulan U2 dinamakan sebagai pemuzik menerima bayaran paling tinggi di dunia oleh Forbes dalam senarai Pemuzik Menerima Bayaran Tertinggi Dunia 2011 majalah itu.

Kumpulan tersebut berjaya memperolehi AS$195 juta (RM592 juta) dalam tempoh 12 bulan lalu menerusi konsert jelajah 360 Degree mereka.

Kejayaan itu sekali gus mengatasi hasil kutipan konsert jelajah A Bigger Bang oleh kumpulan Rolling Stones pada 2005 hingga 2007 yang memperolehi AS$558 juta (RM1.7 bilion) dengan kutipan konsert U2 secara keseluruhannya dijangka mencecah AS$700 (RM2.1 bilion).

Konsert 360 Degree diadakan pada skala besar-besaran dan kumpulan itu menyifatkannya sebagai persembahan mereka yang paling hebat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: