Sunday, June 19, 2011

Model Bar Refaeli patah tangan




LOS ANGELES 18 Jun - Model dan bekas kekasih Leonardo DiCaprio, Bar Refaeli (gambar) mendedahkan, dia mengalami patah tangan selepas terlibat dalam satu kemalangan yang tidak dinyatakan puncanya.

Model terkenal itu dalam akaun Twitternya berkata, dia tidak gembira dengan kecederaan yang dialami.

Katanya di dalam Twitter, "Tangan saya patah. Saya rasa sungguh kesal!"

Model berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak menyebut tentang kemalangan yang berlaku.

Seorang peminatnya di Twitter, AzulinR berkata, "Oh tidak!! Saya bersimpati dengan kejadian itu. Moga kecederaan itu akan sembuh dengan cepat."

Refaeli dan Dicaprio berpisah pada Mei lalu selepas bercinta lebih lima tahun sebelum aktor filem Titanic itu bercinta dengan pelakon drama bersiri Gossip Girl, Blake Likely.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: