Saturday, June 25, 2011

Sri Mersing ke Johor

Teater Sri Mersing yang pernah dipentaskan di Istana Budaya tahun lalu akan kembali menemui peminat teater yang diangkat daripada filem klasik Sri Mersing itu.

Tapi kali ini pementasan akan diadakan di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru pada 15 Julai hingga 17 Julai ini. Sesuailah sebab Mersing itu sebuah pekan di Johor.

Pasti orang Mersing sendiri akan teruja menonton sebuah persembahan yang membawa nostalgia kisah di tempat mereka. Teater yang dibawa oleh Keno Production itu menggandingkan Elly Mazlein dan Zul Huzaimy.

Elly meneruskan watak lakonannya sebagai Sri. Kali ini Damak yang dilakonkan oleh Ady Putra dalam pementasan sulung tahun lalu digantikan dengan seorang lagi pelakon teater hebat, Zulhuzaimy Marzuki.

Teater di bawah naungan Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ini juga merupakan kerjasama di antara Istana Budaya, Kerajaan Johor dan Keno Production.

Tiket dijual dengan harga RM25 dan RM50. Pertanyaan atau tempahan boleh menghubungi talian 03-78807999 atau layari laman web www.ticketpro.com.my.

Filem dan drama bersiri Sri Mersing sangat popular terutama dialog memulangkan paku buah keras Damak kepada Pak Malau yang tamakkan kedudukan.

"Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu."

Itulah antara tagline berbisa semasa Damak mahu meninggalkan Mersing dan kembali ke Pahang kerana kehadirannya di tanah Mersing membuatkan banyak pihak tidak senang. Pastikan orang Johor tidak melepaskan peluang menonton persembahan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: