![]() Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) menandatangani poster kempen tanda sokongan sambil diperhatikan oleh isteri, Dr. Halina Mohd. Yunos dan Pengarah Eksekutif Cellsafe International, Lau Kin Wai (kanan) CellSafe adalah sebuah instutusi yang menawarkan pengalaman yang berkualiti dan akses kepada teknologi penyimpanan kriogenik era moden yang mempu memberi anak-anak peluang kedua apabila berhadapan dengan keadaan yang boleh membawa maut. Mendapat lesen daripada Kementerian kesihatan, mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk penjagaan dan pengumpulan sel stem daripada darah tali pusat. Senang bekerjasama dengan mereka, jelas Dr Sheikh Muszaphar mereka menganggap CellSafe sebagai satu insurans yang terbaik untuk masa depan anak mereka. "Ia seumpama insurans untuk anak saya, kerana darah tali pusat ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa, mungkin agak sukar untuk kita menyimpannya sendiri, jadi CellSafe mampu membantu kita dengan menyimpannya ditempat yang terbaik. "Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada bayi dimasa-masa depan, jadi ini merupakan persediaan yang baik untuk mereka,"jelasnya yang kini bertugas di Hospital Universiti Putra Malaysia, Serdang. Bercerita tentang perkara itu, jelas Dr Sheikh Muszaphar, ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tidak sedar tentang kepentingan perkara ini. "Kaedah ini sangat mudah, dan ianya sememangnya bagus namun, tidak ramai yang tahu tentangnya. Semoga dengan pembabitan kami ini akan membantu memberitahu masyarakat semua mengenai kebaikkan menyimpan darah tali pusat ini,"ujarnya. Pada ibu bapa yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CellSafe International dan kelebihan-kelebihannya, bolehlah melayari laman web www.cellsafegroup.com dan www.parenthood.my. |
Saturday, June 25, 2011
Datuk Dr Sheikh Muszaphar lindungi anak menerusi CellSafe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: