Sunday, June 5, 2011

Seni gubah sayur

KREATIF... Ju menggunakan kubis segar, kering, yang sudah diawet atau direbus untuk menghasilkan karya seninya.
KREATIF... Ju menggunakan kubis segar, kering, yang sudah diawet atau direbus untuk menghasilkan karya seninya.

MODEL ini memang cukup menawan tetapi tidak akan membuat wanita cemburu kerana keseluruhannya dibuat menggunakan kubis.

Artis, Ju Duoqi menghasilkan ukiran menakjubkan ini untuk projeknya, ‘Fantasi Kubis Cina’.

  • Foto

    JELMAAN MARILYN MONROE... dihasilkan sepenuhnya dengan mengguna kubis ini diberi nama Nowa.

  • Foto

    BAGAI DUYUNG... model pemalu yang melindungi kehormatan diri dengan daun.

  • Foto

    MERAH JAMBU... ukiran menakjubkan menggunakan kubis merah.

  • Foto

    MENGGODA...ukiran ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Pameran hasil ukiran itu berdasarkan ikon, termasuk Marilyn Monroe dan Lady Gaga. serta wanita pelbagai gaya yang biasanya boleh dilihat di majalah fesyen.

Semua ukiran berkenaan dibuat daripada kubis, termasuk topi, beg dan barang kemas.


Ju yang berasal dari China, menggunakan pisau untuk mengukir kubis pelbagai jenis dan warna dan mencantumnya dengan pencungkil gigi.


Apabila sudah dibentuk, ia akan dibiarkan untuk satu tempoh lama dan kemudian dimasak dengan pelbagai cara bagi menerbitkan pelbagai warna dan tekstur.

Ju sebelum ini menggunakan pelbagai jenis sayur lain untuk menghasilkan semula lukisan beberapa pelukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci, Vincent Van Gogh dan Andy Warhol.

“Pelbagai jenis, bentuk dan warna sayur, dengan sedikit usaha untuk menyusunnya semula, boleh menjadi sumber pelbagai imej.

“Tidak kira sama ada ia segar, sudah layu, kering, diawet, direbus atau dikeringkan, ia boleh digunakan untuk menghasilkan ukiran menarik,” katanya.

Dilahirkan di Chongqing pada 1973, Ju menamatkan pengajian di Institut Seni Halus Sichuan pada 1996. Selepas menjadi artis bebas pada 2005, dia menyertai beberapa pameran secara berkumpulan.

Dia juga pernah mengadakan pameran solo, khususnya ‘Muzium Sayur’ dan ‘Hi! JuDuoqi,’ kedua-duanya di Beijing.

Selain sayur, Ju juga menggunakan halia, kentang, akar teratai, ketumbar dan tauhu untuk menghasilkan karyanya yang lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: