|
|
MELAKA bukan saja terkenal dengan destinasi pelancongan menarik dan penuh bersejarah , bahkan ia juga dianggap syurga makanan.
Selain keunikan budaya dan adat resam negeri Hang Tuah ini, kaum Baba dan Nyonya Melaka juga terkenal dengan kepelbagaian makanan seperti asam pedas , lemak udang nanas, otak-otak, ponteh daging dan ayam, kari cencalok Nyonya dan acar.
Biarpun sebahagian nama makanan tradisional Nyonya ini jarang didengari di kalangan generasi muda sekarang, populariti sajian tersebut masih bertahan dan mampu membuka selera.
Bagi mereka yang menggemari hidangan tersebut, kini bolehlah berkunjung ke Chatz Brasserie di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur sempena promosi Masakan Baba Nyonya yang akan berakhir pada 3 Julai ini.
Diketuai Chef Debbie Teoh, pelanggan boleh menikmati sepuasnya hidangan Baba Nyonya yang sememangnya menyelerakan
Untuk lebih pilihan, pelanggan boleh mencuba ayam buah keluak, hu pio up dan hidangan istimewa roti ayam.
“Paling istimewa ialah asam pedas buah keluak kerana ia adalah juadah kegemaran Baba Nyonya dan buah tersebut didatangkan khas dari Indonesia,” katanya
Selain itu, katanya, setiap hari menu akan berubah-ubah bagi memastikan pelanggan berpeluang menikmati pelbagai masakan Baba Nyonya.
“Masakan Baba Nyonya dan Peranakan Melaka memang banyak yang sedap dan istimewa, jadi kami akan menghidangkan menu yang berlainan setiap hari agar juadah-juadah itu boleh dirasai oleh pelanggan,” katanya.
Menurut beliau lagi, setiap hari lebih 10 menu akan disediakan secara bufet bersama pelbagai juadah sampingan yang beraneka jenis.
“Untuk memberikan pelbagai pilihan kepada pengunjung, kami menyediakan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti cendol durian, cendol pulut, puding gula Melaka, bubur cha-cha dan air batu campur istimewa,’’ ujarnya lagi.
Lebih menarik, sempena Hari Bapa pada Jun ini, Parkroyal juga turut mengadakan jamuan minum petang berasaskan hidang Baba Nyonya.
“Oleh itu, raikan hari istimewa tersebut dengan hidangan yang lazat dan menyelerakan di cafe kami,’’ ujarnya.
Harga yang ditawarkan RM58++ seorang bagi makan tengahari, manakala bagi makan malam hanya RM78++ seorang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: