|
|
LONDON - Pemain kelab bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak didakwa terlibat dengan satu lagi skandal selepas hubungan sulitnya dengan seorang model terkenal terbongkar.
Menurut akhbar News of the World semalam, skandal terbaharu itu melibatkan hubungan sulitnya selama lapan tahun dengan adik iparnya sendiri.
Adik ipar Giggs, Natasha pernah bersama dengan Giggs pada waktu malam pada 9 April lalu.
Menurut laporan akhbar tersebut, pemain bola sepak bertaraf jutawan itu menemui Natasha semasa isterinya, Stacey hamil.
Giggs, 37, mula berkenalan dengan adik iparnya yang ketika itu masih bujang pada 2003 di kelab malam Super Lounge, Manchester semasa berumur 20 tahun.
Natasha kemudian menemui adik Giggs, Rhodri yang kemudian berkahwin dengannya.
Rhodri kemudian melamar Natasha pada 2005 dan hamil lewat tahun yang sama namun dia didakwa pernah meniduri Giggs semasa satu kejohanan golf pada Jun 2006.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang rakan Natasha yang menyatakan adik ipar Giggs itu seperti terpukau dengan bintang bola sepak tersebut.
Menurut laporan akhbar itu, adik ipar Giggs berusaha untuk menamatkan hubungan tersebut tetapi gagal.
Rakan Natasha itu menyatakan, Giggs tidak pernah menyatakan perasaan cinta kepada adik iparnya itu dan hubungan berkenaan disebabkan seks.
Pada bulan lalu, hubungan sulit Giggs selama enam bulan dengan seorang personaliti televisyen yang juga model terkenal, Imogen Thomas didedahkan media.
Pendedahan terbaharu itu telah menyebabkan Imogen berasa amat kecewa, kata salah seorang rakannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: