Monday, June 6, 2011

Paris marah selepas ditanya soalan


HOS program The Views, Barbara Walters (kiri) bertanya soalan kepada Paris Hilton pada Rabu lalu mengenai program realiti televisyennya, The World According To Paris terbitan stesen televisyen ABC.


NEW YORK - Selebriti terkenal, Paris Hilton menjerit di belakang pentas selepas dia ditanya soalan yang mengaibkan dirinya dalam satu program bual bicara, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam program bual bicara The View, hos Barbara Walters bertanya kepada Paris berhubung kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya pada Rabu lalu.

Walters mengemukakan soalan itu selepas Paris menceritakan mengenai kerja-kerja komuniti yang dilakukannya selama 200 jam.

Paris menyatakan dia mahu membantu banduan wanita dan melakukan banyak kerja-kerja kebajikan.

Pengacara itu kemudian mencelah dengan mengeluarkan suara dengan nada yang tinggi bagi bertanya kenapa dia tidak menunjukkan sebarang kerja-kerja kebajikan di dalam program realitinya yang berjudul The World According To Paris.

Dalam program realiti televisyen itu, kehidupan seharian Paris didedahkan termasuk cara dia bersosial, membeli-belah dan merungut kerana terpaksa bangun awal pagi untuk melakukan kerja-kerja komuniti atas arahan mahkamah kerana melanggar larangan memandu semasa lesennya sedang digantung.

"Kenapa tidak menunjukkan segmen itu (kerja-kerja kebajikan yang dilakukan Paris) mengenai diri anda, jika betul-betul ia wujud?" soal Walters kepada Paris.

Paris kemudian menjerit ke arah penerbit program itu selepas temu ramah tersebut berakhir.

Dia muncul bersama ibunya, Kathy dalam program bual bicara tersebut bagi mempromosikan program realiti televisyen itu.

Paris dan bapanya, Rick juga berbalah dengan penerbit program tersebut berhubung soalan temu ramah itu.

Jurucakap program bual bicara itu mengesahkan berlaku pergaduhan melibatkan Paris.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: