MENUNGGU giliran untuk membuat pembayaran di pasar raya-pasar raya hiper adakalanya cukup meletihkan. Selain pelanggan terpaksa menunggu lama kerana lazimnya mereka membeli barang dalam jumlah yang banyak, tempoh yang lama boleh disifatkan membazir masa jika barisan tersebut agak panjang.
Sehubungan itu, bagi menambah keselesaan kepada para pelanggannya, pasar raya Tesco memperkenalkan Quick Q di kesemua 39 cawangannya.
Pengenalan sistem yang mengisi sambutan ulang tahun ke-10 pasar raya yang telah melabur lebih RM5 bilion itu untuk mengembangkan operasinya menggunakan sistem pemantauan berkamera. Sistem itu memberi tumpuan kepada garisan hijau di hadapan kaunter bayaran.
"Sekiranya barisan menunggu menjangkaui garisan hijau berkenaan, pengawal trafik Quick Q Tesco akan membuka satu lagi kaunter dan memberi panduan kepada pelanggan untuk ke barisan yang lebih pendek.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: