Sunday, June 26, 2011

Peluang sertai pertandingan hias kek


AEON AU2 di Setiawangsa, lokasi Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Tengah hari ini.


KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyertai pertandingan menghias kek cawan yang akan diadakan sempena Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Tengah di pusat beli-belah di AEON AU2, Setiawangsa di sini hari ini.

Pengurus Iklan Kosmo!, Stella Abdullah berkata, pertandingan yang akan diadakan sebanyak empat sesi itu terbuka kepada semua pengunjung dan menawarkan hadiah yang menarik kepada pemenang.

"Pertandingan ini akan diadakan pada pukul 11 pagi, 12 tengah hari, 3 petang dan 5 petang. Setiap pertandingan akan disertai seramai 10 peserta terawal yang mendaftar.

"Peserta antara lain akan diminta menghias kek cawan yang telah disediakan pihak penganjur dan pemenang akan menerima hadiah berupa barangan Daisy," katanya di sini semalam.

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Tengah turut dimeriahkan dengan persembahan Heliza AF dan Adam AF.

Dalam pada itu, Stella berkata, pengunjung Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Tengah turut berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat kek dan biskut oleh Chef Liza Zainol yang merupakan Duta Minyak Jagung Daisy.

Selain itu, katanya, seramai 200 pengunjung terawal akan menerima satu botol minyak jagung Daisy 500 gram bernilai RM6.50 dengan hanya menebus dua kepala akhbar (Masthead) Kosmo!.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: